Thursday 27 September 2012

Persiapan Kahwin part 2

Aiyoo...lama tak ter'update' blog ntah apa-apa nih. Apa pun bersiaran lagi, kali ni seperti dijanjikan sambung part borang perempuan plak.

Borang Perempuan ~ ambil kat mana-mana pejabat kadi terdekat ( Negeri Sembilan), isi borang, mine kena isi borang mastautin jugak. Kena minta wali isi and sign borang wali(coz my Brother will be my wali) oh ya sertakan juga IC wali dan surat lahir wali.

Dokumen ~ Antara dokumen yang diperlukan (ada checklist yang perlu kita tanda bila nak submit borang), IC pengantin, borang dari pihak lelaki, gambar both pengantins, borang medical check up a.k.a HIV test, sijil nikah ibu bapa (dalam checklist untuk anak sulung aje, tapi bagi ajelah senang keje semua pihak), surat akuan bujang dari syarikat, borang mastautin (bagi yang  luar dari negeri tersebut) kesemua dokumen dalam senarai pejabat agama tu kena buat salinan, ada yang minta 3 ada juga 5 salinan. Bagi pengantin pompuan bayaran adalah RM5, kalau lelaki kena bayar RM10. Rasanya semua negeri sama kot bayaran ni (tak tau coz tak sempat nak tanya kawan2).

Procedure~ isi dan lengkapkan apa saja yang dikehendaki dalam checklist tersebut, hantar ke mana2 pejabat agama terdekat, bayar RM5 then balik rumah. 3 or 4 hari kemudian orang pejabat tu akan call untuk ambil borang. Lepas tu serahkan borang tersebut pada jurunikah anda...settle...tunggu je masa dan tarikh nikahnya...

Okla harap boleh membantu. Mana yang terkurang tu biasala, saya manusia biasa. Cliche sungguh. Selamat Menempuhi alam rumah tangga pada bakal-bakal pengantins yang baca entry tak seberapa ni.

No comments:

Post a Comment