Tuesday, 27 October 2015

Tips Renovasi Rumah Baru: Apa Yang Perlu Anda Tahu Serta Persediaan Mental dan Fizikal ~Bahagian 2

Ok settle bahagian 1, kita masuk part 2 plak. Bab renovasi. Yang ni silalah ye riki-riki habis-habisan, cari yang ikut kemampuan dan paling penting boleh dengar cakap kita bukan kita dengar cakap dia (mostly contractor Cina sangat responsive dan tolerate dengan kita, mostly la maybe tak semua). 

Kemudian cari yang bajet boleh runding dan bukan yang pandai cakap je tapi bab bajet tak boleh runding lagi parah bila check keje sakit kepala. End result macam duk setinggan, hujan je kena sediakan kain untuk lap air tiris (pffttt). Bajet ni bergantung pada jenis renovasi yang kita nak buat. Macam kami ni sebab kami tengok dia buat rumah jiran sangat-sangat bagus. Cermat kemas keje dia harga pun sangat-sangat patut. Yelah jiran kami runtuhkan bilik bawah buat hall besar, letak bar style kabinet kat dapur (yang ni skali dengan table top tiles kaler hitam tapi tanpa pintu kabinet la), buat pagar belakang siap-siap naik dinding dan ada cerucuk keselamatan bagai, naik dinding di balkoni, cat rumah semua warna putih termasuk pintu, pasang tingkap besar kat wet kitchen, grill 1 rumah (end lot dan rumah kami ni jenis banyak cermin), dan siap autogate semua tu total dalam RM26,000. Hebatkan murah, malah majority di lorong kami memang guna khidmat dia. Kemudian bila time rumah kami dia cas lebih RM30,000 untuk renovasi yang hampir sama cuma takde lah cat 1 rumah, tak runtuh bilik dan grill kami tak sebanyak jiran kami sebab kami rumah intermediate. Gulp...camne banyak sangat beza? hehehe maybe contractor tu sedara mara dia... 

Kemudian keadaan- yelah tengok renovasi macam mana kita nak kalau bajet (dah citer bajet tadikan) banyak boleh buat macam-macam kalau seciput (macam ana) buat mana yang mampu dan perlu dan rasa-rasa kalau dah duduk baru nak buat pastu nak pindah randah memang tak la kan. Contoh mudah, kalau rasa nak rumah ada plaster siling cantik maka buat la sebelum pindah sebab ianya sangat-sangat berhabuk sama juga dengan dapur yang topnya granite/quartz stone, habuk dia jangan cerita, bapak segala nenek habuk ada.

So kami ni dah riki sana sini amik lah dengan dia ni, keje dia ana tak berapa suka, sloppy job. Sorry i'm not against Malay contractor tapi this kind of contractor sangat-sangat tak tau diuntung. Dia dapat job banyak kat area tu tapi kualiti sangat teruk. Contohnya ana minta runtuhkan divider wet and dry kitchen kemudian just normal plaster sebab senang nak install kabinet, end up dapat divider macam taring dracula (ada curve) haih jenuh la nak pasang kabinet nanti. Kemudian...minta pasang kipas di dapur, end up dia gi pasang lampu kat situ alasan tempat tu takde point kipas (adeiii bukan boleh buat ke?). Kemudian kami minta pasang lampu kristal kami pada ruang makan dia gi pasang kipas adeiiii (lampu tu jadi hiasan dalam kotak sapa-sapa nak beli  ana bagi special price)...alasannya panas (ermmm boleh plak dia buat point kipas pfttt..). Bila cakap dia balas balik "kak long..kak long kena ingat ye benda-benda ni bukan mudah tak senang nak buat kerja-kerja macam ni ye". Tak tau lah kami ni tuan rumah ke kami menumpang, sabo je dengan dia. Kemudian tingkap besar pada wet kitchen, asalnya tiada tingkap tapi sebab terlopong je ana pasang la sliding window, tapi bila ujan, air masuk celah-celah tingkap dan dengan selambernya dia cakap, ala nanti kak long beli silicon letak kt situ...eh bukan dia yang patut buat ke??? what the....keje tak siap. Seterusnya grill, dia kata dia buat terbaik la apa la..end up grill pun tak betul-betul weldingnya. Ala kadar, janji siap. Bila cakap sikit-sikit perli kemudian ugut. Benci orang macam ni. No wonder dia cerita problem family macam-macam, kurang berkat kat situ. 



Plaster siling simple dimple je kipas belah kiri 
tu sepatutnya lampu kristal tapi tarik jadi kipas huhuhuh

Dan paling tak boleh blah dia kutuk setiap customer dia yang juga jiran kami. Cakap pasal bini jiran tu cerewet la, tak mo bayar la (padahal dia jenis yang tak mo amik duit bila orang bagi tapi suka minta bila-bila dia rasa nak amik payment..tah hape-hape). Jiran kami yang rumah pertama dia buat tu je dia suka, baik katanya untung la kami jiran dengan dia, orang TV orang glamer bluekkk la...

Dia kutuk contractor lain juga. Dan siap cakap dia je buat keje bagus dan siap tapi contractor lain buat ala kadar ada jugak yang lari. Apa jenis manusia la ntah. Sebab tu ana kata kena sedia mental dan fizikal untuk hadapi orang dan masalah sebegini. Nasib baik kami buat mana perlu je dengan dia kalau semua dengan dia mau melalak kami kot. Tapi kalau dia ubah konsep nanti-nanti tu tak tau la kan. Yang ana sangat-sangat pasti, dia ni keje dia mostly dia sub kat orang dia amik untung atas angin dan paling tak best dia sangat suka tinggalkan kunci dengan jiran kami.

Dalam banyak-banyak keje dia yang ok pasang plaster siling (walaupun siling jd sangat rendah..macamana  dia buat ntahla). Kemudian dia pasang pagar belakang(bolehlahhhh) dan dia pasang policarbonate awning untuk bahagian sisi rumah, tu je dalam banyak-banyak tu. Pasang lampu kipas?Hmmm sian acik Mie terpaksa buka kipas dan pasang semula sebab berbunyi sangat kuat kemudian tukar lampu sebab wiring tak betul habis lampu terbakar, tak ke lousy and sloppy camtu. Haih...

Dapur 'Dracula' sebelum pasang tingkap

So buat plaster siling, pasang 15 lampu kalimantang sahaja (tidak termasuk porch dan lain-lain) dan 6 kipas (tak perlu buat wiring apa-apa, memang rumah dah siap semua wiring termasuk untuk aircond dan water heater), runtuhkan divider wet and dry kitchen, pasang grill dan tingkap besar, pasang policarbonate awning (2x5kaki aje pun) totalnya RM16,500. Sekian bab encik contractor tak boleh tahan ni. Mostly ana banyak komen dari cerita hal renovation ish..ish..I is sorry uols.


Pagar belakang belum siap sepenuhnya


Grill 'S' yang simple

Kemudian kami buat tinted rumah (terang sangatkan) dengan abang Rosdi, baik orangnya harga dia bagi pun paling murah. RM900 untuk rumah double story yang ada 2 sliding door lebih kurang 9 kaki, tingkap untuk 4 bilik, frosted kan tingkap besar kat dapur dan ada few cermin kecik2 pada toilet dan dinding depan. So far puas hati dengan kerja abang nih, kemas, cermat, tertib dan sangat-sangat berdedikasi hah gitu.

Kemudian bahagian dapur~ yang ni ana pergi home expo kemudian cari pakej berbaloi. Hmmmm untuk quartz stone dan melamine sepanjang 14 kaki dia quote agak murah dalam RM8,000 siap dengan wall unit. Tapi bila dah datang ukur total jadi 20 kaki untuk unit bawah (14 kaki terlalu pendek da nampak pelik) dan dia hanya bagi kabinet semata-mata. Sebab dia bagi agak murah jugak so ana pun guna la khidmat dia. Staff dia yang pasang kabinet tu actually ok la buat kerja, puas hati cuma sebab dinding kami tak berapa rata makanya kabinet pun kna guna banyak filler. Cuma bila bab pasang sinki semua tu berkira sangat pastu takde solution haihh...sekor lagi buat hal. Tapi takpe ana boleh cari jalan hihi. Kemudian datang PIC untuk pasang quartz stone, perghhh habuk dia kaw kaw. Siap semuanya ana pun ok la..tapi sedih bila letak barang macam pinggan mangkuk kayu di wall cabinet melentur, ana apa lagi kebetulan staff dia call tanya pasal payment ana pun komplen, esoknya staff datang lagi bawak kayu tambahan, to date still ok and tiada penampakan apa-apa. Payment settle deme terus takut nak call hahaha. Jika ana bandingkan dengan Sunshine dulu yang ni keje kurang kemas dan material juga tak seberapa. Sunshine dulu RM5,000 siap semua termasuk piping dan divider tau (siap free hob and hood) murahnya lah, kualiti pun sampai sekarang cantik je. Untuk dapur ana riki-riki banyak tempat tapi akhirnya ana beli kat Houz Depot time sale ok la cuma barang dapat lambat (bagus jugak sebab beli time belum dapat kunci hihih) dan dapurnya api sangat susah nak start, kalau keluar api pun sampai hangus-hangus bulu roma dik non oiii. Sinki beli kat puchong sebab nak yang besar gitu dan tukang pasangnya adalah.....abang ngah (abang ipar)..thank you Bangah.


Inilah expo yang ana pergi

Kitchen cabinet in the making


Taraaa...sudah siap jadilah

Kemudian kami pergilah tanya contractor yang baru-baru masuk tu ada yang boleh bagi harga sangat rendah dari contractor kami (hihih takpelah jangan menyesal dah... barang yang lepas jangan dikenang.)

Ermmmm lain-lain?Itu jela kot, yang basic-basic je kami buat janji hado. Wallpaper kami beli kat Kaison yang murah-murah je pasang sendiri gam pun guna gam kanji muahahahha. So ini adalah sekadar perkongsian ye, mana la tau next time ada yang teringin nak buat renovation dah tau la taktik-taktik ni semua. Haha, yeap pastu banyak komplen ana tu yang boleh jadikan iktibar, tapi kalau ada duit tak jadi masalah, tepuk poket tanya seler...gitewww. Sekian uols.

  
Wallpaper Kaison RM59/roll. TV cabinet on the way masa ni hahaha



Nota: ini bukan nak show-off pada sesiapa, sebagai rujukan dan manalah tau saya nak imbau kenangan hahhaa

No comments:

Post a Comment