Sunday 7 December 2014

Karipap with LOVE

Karipap with love ni ana buat sebab bosan. Haih...2 hari melepak kat rumah je la, layan novel, layan tabby, layan mata dan last sekali layan anak tekak. Dah lama nak buat tapi asyik busy, ana nak buat sebab kuciwa dengan karipap kat kedai, kalau karipap inti kentang, alahai isi dia seciput je. Kalau karipap sardine tu lagi lah sedih. Bawang 2,3 helai sardine nan hado. Sadis. Lagi pun ana kurang sikit karipap sardine, kecuali pedas-pedas baru lah ngam. Hari tu beli karipap IKEA, 12pcs RM10, ok la tapi dah tak seperti dulu, cam kureng sikit inti dia, tapi sedap jugak la. Kalau tak..tak habis hehehee. Karipap gerga kat Kuala Selangor tu pun best jugak. Cuma jauhnya lahai. Semata-mata nak karipap hihi.
 
Resepi dia ana amik kat internet macam-macam blog ana tengok pastu mix and match, pastu ana guna apa ada dalam kepala hahaha. Kulit pastry ni ana guna cara Aunty jee mintak halal aunty. Hampir sebijik macam aunty buat (1kg tepung gandum, garam sikit, 1 cup minyak masak), tapiii...kan ana dah mix and match kan dia, maka ana tukar majerin ke butter, sukatan? hahahah sebuku butter ana lebur hamikkkk, air plak ana guna air sejuk dari peti ais dalam 300ml gitu sebab cam dah ok je tepung tu bergaul, biasanya kalau buat kulit pastry kan orang putih guna ais so ai pun ikut la uolls hihi and oh ye...ana masuk telur sebijik. Tu diaaa...
 
 
Inti dan pastry
 
Inti pulak ana tiru mak ai punya cara. Hahahah mak ai dulu jual kuih uolss. Dulu mak ai jual kuih kat area Tabung Haji Kelana Jaya. Ermmm tahun 70-80an kalau tak silap, masa ni we'olss tinggal kat Kg. Datuk Harun. Bila ai dah besar, darjah 1 camtu, kami dah duduk di Wangsa Maju, this time mak ai buat kuih dan hantar kat orang jualkan. Pada masa sama mak ai jaga anak orang (Baby Farah dengan abg dia si Eric, kalau jumpa macam mana lah rupa deme nih). Bila we'olss balik kampong, mak buat kerja-kerja kampung, berkebun, gi toreh getah. Ayah pulak bila getah turun harga, jadi guard kat bank. Alhamdulillah...Terima Kasih ALLAH, jagakan orang kami sayang. Taim tu orang jahat ramai, tapi tak seramai dan sejahat sekarang. Taim tu u'olls...kitaorang kalau setakat angkat getah 30-40 kilo nih macam takde apa-apalah. Kalah badang, cuba sekarang, 5kilo pun lenguh-lenguh hihi. Oppsss story sejarah plak.
 
Ok inti tu senang sangat, kupas kentang potong dadu. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar sampai naik bau, masukkan serbuk kari (daun kari kalau ada campak je) tumis sampai pecah minyak. Masa ni rumah akan berbau mapley. Pastu masuk daging kisar (ayam pun boleh), gaul-gaul, masuk kentang kemudian tambah air untuk bagi empuk. Perasakan dengan garam, gula sikit, asam keping sikit dan masak hingga kering.
 
 
Yang ni nak frozen kan
 
Pastu boleh la start menguli dan menggentel karipap. Hasilnya seperti dalam gambar. Mula-mula guna acuan tapi acuan tajam sangat maka guna tangan je. Huhuhu...mungkin selsema ni masih belum betul-betul hilang, ana tak rasa apa pun sebenarnya, tapi Mie kata masin dah ni. Hmm...yelah tu. Hihi...sebab buat sendiri dan ana tamak makanya karipap ana gemuk dan padat. Oh ye, ana sebenarnya suka karipap yang berkulit tebal. Terasa bila makan dan tak serap minyak. Hehehehe...ok la, nak sambung ting tong kepala ni...muah...xoxo.. :P
 
 
Amacam gemuk tak?
 

Jemaah Kolestrol berpartayyy

Terima kasih daun keladi, next time order lagi :)
Russian Black and White, coated with cream cheese and chocolate ganache.




Bila dah potong camni la keadaannya

Baked Egg Muffin

A healthy, easy and yummy recipe.
Baked Egg Muffin, as usual with simple campak-campak ingredients.
 
4 Egg
1cup milk
Salt and Pepper
 
Combine all the above ingredients together, godak-godak and add in salt and pepper secukupnya.
 
Tomatoes
Cucumber
Kacang panjang
Onion
 
Dice the vegetable or cut it into a small cute size (bhahaha).
 
Letak all the vegetable in muffin pan or mug or any bekas tahan panas (I used both, muffin pan and ramekin).
Pour the mixture (egg and milk).
Bake till cook gitewww. Siap, now lets eat.
Steam also can, ermmm 30 minutes dah ok kot (will try it later).
 
HAhahahaha simple, easy sesuai to the malas people like me.
 
Attached the gambar kejadian.

Before baking process, all campak inside the bekas
 
Close-up sikit