Friday, 4 July 2014

Langkawi ~ entry yang terlewatkan

Salam semua…
Tak tau nak update apa, dalam dok menung berfikir, tetiba teringat tak update pasal Langkawi. Hiks..perginya dah lama sangat, ingatkan nak terus buat last-last tak jugak, kelaut… mulanya nak buat entry day 1,2…dan seterusnya tapi almaklum rajinkan, jadilah rumusan aje…jadilah..siannn. Entry kali ni nak ajak sume orang buat matematik hihi dan BEWARE ianya panjang berjela ye.



Ana pergi ni 28 December 2013 balik 31 December 2013, ingatkan nak duk 2 tahun kat sana tapi almaklum Langkawi tu comel so cepatla habis tawafnyer. Tak ada apa nak coret sangat cuma boleh la nak review makanan kat sana, cuaca masa kejadian, sewa kereta masa kejadian dan ‘shopping2’ masa kejadian.
Ok, mula-mula cerita  tentang perjalanan pergi. Kebetulan cuti sekolah pun dah nak hujung-hujung tanduk gitu, jadinya harapan tu sewa akan kereta murah la, makan murah, ‘airport’ lengang tapi harapan tu tinggal jadi harapan aja ler kan. Nama pun tempat percutian, pulau terkenal pulau lagenda, jadinya memang la ramai umat. Masa pergi naik AA kat LCCT, biasala dah nama pun murah. Datang awal sebab nak park kat parking zon C yang agak jauh tak jauh, dekat tak dekat, tapi berpeluh jantan jugak la nak jalan tengah panas rentan tu. Ok citer pasal parking total 4 hari tu RM65, murah kan…murah…ok la bagi ana, sebabnya kalau naik teksi dari rumah dia akan cas RM80 kalau teksi sedara mara, jiran atau kawan-kawan dapat la RM70. Pehtu dah pandai datang nak balik takkan nak menapakkan…so dari LCCT tu nak ke rumah ana nih casnya RM85, tu teksi budget bukan yang premier (ke apa tah gelaran tah..tak hengat). Jadinya kat sini ana jimat RM100..uik banyak tu, boleh shopping berkoyan-koyan hihi. Ok naik flight tu ikut nasib la kut kan, maybe hari tu angin tak berapa cun makanya ko siapla sapa-sapa yang buat dajal tu kan. Sedap la dah siap-siap bayar RM6 untuk setiap seat, eh boleh ye korang duk kat kerusi ana tu pastu siap boleh wat statement bakar jiwa. Wah kemain, ingat sampai sekarang gitu. Pastu achik ni tergedek-gedek la gi duk kat ekor kapal tu tapi sebab flight full makanya kena la achik pindah yang mana akhirnya achik dapat duk kat hot seat. Ko mampu? Kena halau ke belakang ke tengah ke depan. Dah macam naik flight free time tu, ala-ala penerbangan ihsan bawak achik yang dah rentung kena bakar jiwa tadi. Hahahha…dah malas nak bebel pasal tu…cukupla tulis keterujaan duk kat hot seat setelah achik nih hot kat dalam tu. Ok duk tak lama pun dalam 30minit je, amboi beza betul dengan time naik bas dulu. Berejam baru sampai tu belum naik feri lagi, tunggu teksi lagi huiiii…so kiranya nak jimat masa, tenaga dan duit sila la beli AA bila diaorg buat sale. Hari tu pun total dengan AA, ana bayar RM464.90 (kos ni untuk ‘return’ tiket untuk dua orang dan penginapan untuk dua orang, hotel biasa je la tapikan, siap breakfast untuk 4 hari 3 malam). Jadi la nak mewah-mewah sangat kurang mampu jadinya yang ini pun ok. Lagi pun kalau dah mahal sangat nanti belum hujung bulan poket kering kontang. Haa gitula citer perjalanan ana ke Langkawi.
Ok sampai tu kita orang ni dah book awal-awal kereta dengan mak tam (Kak Syamsiah) ambil kereta tu kat airport jugak. Jenuh la duk scan keluar masuk airport tu. Amik viva aje, jadila untuk 2 orang rasanya besar dah kot…hihihi macam la kat KL ni achik drive ‘Alpark’.  Tu pun kira cam mahal dah kot sehari RM80 jadinya total mak tam kira RM240 kira aci ler tu kan, kebetulan bila jumpa Pak Mat, dia bagi tau dia sewakan iswaranya RM60 eh murah tu. Tapi ok jugak la sepanjang kat Langkawi tu total minyak RM30 je. Jenuh jugak la jalan pulau tu. So kiranya jimat jugak la kan.
Ok destinasi seterusnya ke hotel, kitaorang ambil Hotel Simfoni, baca gak review-review kat internet pasal hotel ni. Mostly, comments banyak tentang tilam. Part yang ni I’ols totally agreed. Hotel ok, cantik, dekat tempat orang naik ikan so kira jalan skit kat belakang boleh tengok laut, dari balkoni boleh Nampak laut so kira ok la tu kan. Cuma tilamnya kalau tido sebulan konpom tembus tulang belakang. Sikit punya keras katil tu siap alas dengan kain bila nak tido. Pastu setiap level ada surau sendiri so jangan expect nak ada sejadah dalam bilik, gi la sembahyang kat surau tu. But for me that’s not a problem. Komen seterusnya tentang breakfast, dah nama pun breakfast free apa lagi nak komplen. Kalau nak sedap kuar depan skit ada food court, pilih je macam-macam ada. Kiranya breakfast tu ok la Cuma kadang-kadang rasa tak boleh telan pun ada hikhikhik…biasanya ada mee goreng, mihun goreng, roti (pembakar roti tu skitnya besar, boleh rentung roti tu), bubur nasi, kopi, teh dan air oren. Untuk orang yang breakfast ala kadar kira jadi la kan. Ok ni 1st day, tak buat apa pun cuma duk lepak, tengok tv dan jalan-jalan sekitar Kuah. Malamnya kami makan di Restoran Haji Ramli yang terkenal katanya tu. Bagi ana rasa tu boleh la, servis agak lambat, habis segelas air pun lauk tak sampai lagi makanan, harga pulak ermmm mahal bagi ana, ikan siakap bakar (size sederhana), telur dadar, kangkung belacan, nasi putih dua, air sirap limau dengan air laici total RM85 (ikan sahaja RM52).


Kasi zoom bagi nampak ikan besar...pueh?




Ok, masuk bab jalan-jalan,2nd day gi Island Hoping (Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar). Tasik Dayang Bunting – memang macam perempuan mengandung tengah tido. Lagenda tentang tasik i.e. pulau ni boleh google ada banyak. Kalau pergi sana sepanjang mendaki dan menuruni tangga yang banyak tu ada tertulis cerita dan fakta-fakta kewujudan pulau ni. Cerita tentang meminum air kat tasik ni yang mana boleh membantu sesorang itu conceive mungkin juga menarik untuk diceritakan but since am not going for doing research so sila google juga hihi. Bagi ana jodoh, ajal, maut dan rezeki semua ni ditentukan Allah.  Cuma sebab ada yang mengirim air tasik ni amik kan juga la, siap mie gi berenang ke tengah-tengah tasik tu dua tiga kali amik air, mula-mula amik botol tu jatuh dalam air dan tenggelam. Kemudian ambil lagi siap ada pengantin baru yang tengah honeymoon tu kirim amik skali so kesian mie I you know. Ok bab lagi satu kat sini anda akan disambut oleh kera-kera yang sangat la tak takut orang dah macam kawan sekampung hihi. 


Dayang bunting, nampak tak?




Ok seterusnya gi bagi helang makan kat Pulau Singa Besar, ok sini takde singa tapi ada banyak helang dan sekarang dah takde bagi helang makan sebabnya nanti helang malas.


Zoom-zoom kasi nampak itu helang la

Seterusnya Pulau Beras Basah, ok kat sini mandi-manda dengan riangnya, pasir gebu betul lembut je, Cuma orang ramai sangat so kurang la privacy, kat situ ada perigi boleh la bersihkan badan kalau dah berlengas tu kan. 


Ni time cuti sekolah..tapi ramainya tourist luar, pak-pak arab



Pastu balik, singgah mandi kat public toilet dengan bayaran RM1 tapi kemudahannya agak kurang. Oh ya fee island hoping ni antara RM25-RM30. Bergantung pada peak ke tidak season tu. Pas siap mandi dan solat, kami jalan-jalan area Cenang. Shopping-shopping (window je), makan kat kedai kuning depan dengan kedai 7 on 7 tak silap (ok sedap dan harga berpatutan) dan melawat underwater world kat cenang tu. Wah menarik kat dalam macam-macam ada kagumnya. Ikan pun besar-besar kat dalam tu. 


Peguins


Burung Bayan


Marmoset-world smallest monkey


we are sharkies :p





Kemudian gi melawat kedai coklat kat Warisan Duty free and Coco Valley. Tapi tak beli pun macam mahal je. Pak Mat (yang jual pakej island hoping tu ajar cara nak tau coklat boleh makan dan tak boleh makan. Katanya, kalau ada tulisan arab makanya boleh makan, tapi ana ni bukan la hantu coklat jadinya makan skit-skit dah la. Ok kemudian balik hotel dan melepak tengok tv. Malamnya kami gi jalan-jalan cari makan. Semalam dah terkayu dengan rasa makanan yang tak berbaloi dengan harga jadinya malam ni gi cari yang agak berpatutan. Sebelum tu ana plan nak cari Hj Ismail Group (HiG), lawakkan ni bukan 1st time datang Langkawi tapi HiG pun ana tak tau. Ye, dulu ana tak datang beli barang. Ana hanya datang untuk jalan-jalan saje. Kali ni sebab dah ada rumah sendiri jadinya ana plan nak beli barang rumah sikit. Jalan-jalan jumpa HiG (tu pun lepas sesat barat) dan HiG dah tutup (lama betul sesatnya hihi) plan nak cari Idaman Suri pula (IS) rupanya IS ni terkedalam sikit so agak jauh jugak la tapi kalau dah sampai hotel HiG tu gerak terus ke depan lepas je sekolah tu boleh Nampak dah IS belah kanan. Tapi IS pun dah tutup dah pukul 9 pun. So proceed untuk makan. Dalam gelap tu ternampak signboard kecik kat tengah-tengah traffic light tu “Ikan Bakar Taman Permata – 250m”. So apa lagi ke sana la kami. Sampai je duduk order makanan pastu pilih ikan. Harga jangan Tanya la amik banyak pun tak pe. Harga tertera kat seafood tu adalah harga yang siap masak. Paling mahal ikan siakap RM25 (size sederhana). Ikan bakar dia sedap, betul..sedap sambal dia sampaikan mie nak datang hanya kerana ikan bakar tu haha. Kalau tak mau sayur, boleh amik ulam. Ulam-ulam dan sambal belacan adalah – percuma. Total malam tu RM30 saje. Ikan cencaru (besar), nasi 2, sayur campur dan sup tulang serta air nescafe dan teh o ais. Pas makan balik tido. Oh ye malam berikutnya pun kami makan tempat sama kali ni RM28. Sangat jimat.
Hari seterusnya aktiviti pagi-pagi tu gi naik kereta kabel. Huish kali ni cuaca jerebu jadinya kurang Nampak dan sangat sejuk, angin pun sangat kuat. Kononnya datang kali ni boleh la Nampak Thailand tapi tidak uhuhuhu. Pastu jalan-jalan tengok pantai, shopping coklat, tuala, periuk, periuk ajaib ahahahah. 




Hari esoknya, siap-siap nak balik dah. Singgah jap tempat gamat, tapi biasa-biasa je so balm pala dan minyak gamat je ana rembat. Tu pun sebab teringat kat kampong takde balm kat rumah takde minyak gamat untuk luka-luka kecil. Sebelum tu makan isi perut kat food court kawasan masjid dekat-dekat LHDN kalau tak silap. Nasi campur biasa tapi mahal giler. Macam makan kat food court AEON.
Hushhh… Panjangnya ceritakan, rasanya inilah entry terpanjang ana pernah tulis, sampai migrain-migrain fikir ayat hehehe. Ok ada lagi, yang ni kesimpulan plak.


Tak sah gi Kedah tak nampak sawah padi :)

So rumusan ana seperti berikut:
Tempat shopping barang rumah dan coklat murah -  RAMS (tapi coklat tak banyak pilihan)
Tempat shopping barang rumah dan coklat kedua termurah – Idaman Suri dan Haji Ismail Group (yang dua ni beza 20-30 sen coklatnya, IS murah skit dari HiG cumanya pilihan kurang).
Tempat makan malam best dan murah – ikan bakar taman permata (250m dari IS)
Tempat makan siang yang best dan berpatutan – kedai kuning, pantai Cenang.
Pakej menarik island hoping- sama je mana-mana
Sewa kereta best kat Langkawi - so far dengan Mak Tam, ok kereta takde problem takde isu (lain-lain tak pasti mungkin ada lebih murah)
Tiket flight – pastinya AA tapi jangan harapla nak dapat 1st class servis kan.
So kesimpulannya, tercapai la hajat En. Mie nak gi melawat Langkawi hahah (mie ke kan…)

No comments:

Post a Comment