Friday, 18 October 2013

Papa Pavlova dan brownies with chocolate mud

Entry berkepuk tapi tak sempat upload...so alkisahnya....

Minggu ni minggu orang dapat gaji..o yeaaa...antara minggu terakhir bulan September dan ini bermakna hari peperiksaan semakin hampir, yang tu huhuhuu. Minggu ni jugak minggu buat appraisal which inilah kali pertama ana review kerja orang. Selalunya ana yang kena review, la ni buat untuk orang plak. Ok dah cukupla meluah ke terujaan dan kebinggungan diri ini.

Order ni dari Kak Hani. Terima Kasih kak kerana order dari Cakequinn. Katanya untuk makan-makan di ofis hari Khamis ni (ni cerita bulan september ye..harap maklum hihi). Disebabkan ana kerja di Shah Alam, so ana hantar pavlova ni pada malam hari Rabu, kat tempat sama --- Angkasapuri.

Kali ni Kak Hani order sebiji pavlova size papa dan brownies, hahaha...payah nak bagitau size pavlova ni tapi biasanya ana akan buat berdasarkan inci. So yang ni 8 inci. Sesapa nak pavlova papa cam Kak Hani, sila-sila jangan malu jangan segan ye...call boleh hantar sms pun boleh. 

Pada Kak Hani, terima kasih banyak ye..harap maaf mana terkurang, komen akak sangat-sangat ana hargai untuk teladan masa hadapan.

Oh kak hani juga ada bagi tau pasal kek Ben-10 untuk Ammar tu. Katannya "Awak, kek sedap, tq...." Kak hani kata buttercream pun tak muak. Yang tu I nak say thank you to Subang 2 bakery, atas tunjuk ajar. Dan paling penting Alhamdulillah...seronok dapat buat orang happy. Ok ana akhiri entry ni dengan gambar makanan (apa lagi yang ada untuk paparan kan) untuk tatapan semua. Thank you Allah, thank you semua.

Brownies with choc ganache

Papa pavlova

Close up

No comments:

Post a Comment