Macam biasalah join event ni tiap-tiap tahun cumanya event kali ni company acu buat awal (11052013). Habis la kitaorang sefamily siap bawak kawan-kawan lagi. Kali ni buat di Ladybird Organic farm ladangnya kat Semenyih. Jauh juga la dari rumah, tapi naik bas kan so cool la.
Tahun ni lebih pada aktiviti melawat dan berkenalan dengan pokok-pokok dan herba-herba. Ada macam-macam antaranya Sabah Snake Grass yang katanya antara herba terhebat dan terbagus untuk rawatan kanser In shaa Allah. Kata Mr David (owner ladang ni) abang dia amalkan pengambilan daun ni untuk kolon kansernya dan dia disahkan sihat kembali.
Seterusnya kita orang join aktiviti memasak tanpa api, nama group pun dah kerabu salad so hidangan pun tentu-tentu la salad yang mana salad kami adalah hasil pertembungan timur dan barat (maapla takdo gambar...si Aiman ni pegang kamera betul-betul dia fully utilise, gambar dia saja posing, siapla ada tukang layankan hahaha). Resultnya kami dapat hadiah sempena group yang paling outstanding cecewah...hadiahnya?semua organic huhu, hingga hari ni tak tau nak guna flaxseed tu untuk buat apa.
So layan gambar pula.
|
ayam organik |
|
model kebun sayur |
|
outstanding group |
|
tempat memasak |
|
anak-anak sawi |
|
arnab organik |
|
Mr David sedang beri penerangan tentang cacing-cacingnya |
|
Rumput Ular Sabah |
No comments:
Post a Comment