Saturday, 9 March 2013

Kisah Ketam

Wah... sekian lama tak meluah di sini atas alasan "Tiada yang menarik untuk dikongsi". Sebenarnya yang ini benar juga dan sesuatu tentang masa pun iya juga. Ironinya 24 jam yang kita ada sentiasa takkan jadi 28 atau 40 jam untuk memenuhi kehendak kita sebagai 'human being', maka alasan ketidak cukupan masa itu adalah biasa. Wah..(lagi) merapu, merapik dan merepek la pula, terus ke punca 'or in english straight to the point' entry kali ni nak share tentang resepi KETAM.

Siapa agak-agak tak pernah makan ketam? Atau pun jarang makan ketam? Sila-sila angkat tangan (oh saya...saya...angkat sambil lompat-lompat). Sepanjang kehidupan lebih suku abad ni rasanya baru 5-6 kali makan ketam...sebab? Susahla nak makan, dulu time kecik mak masak tapi anak-anak yang tak reti makan ni..memang tak reti makan, agaknya mak pun risau kita orang tak makan dengan cukup kalau berlaukkan ketam. So sejak tu ketam tak pernah naik ke rumah walau dalam apa jua cara (jalan senget, jalan lurus atau jalan berlari hahaha). Cuma kakak kedua la yang paling rajin berketam-ketam ni, seingat Ana, dia beli dan goreng berempah dan seperti biasa adik-adik yang tak reti makan ni sekali lagi tak reti makan huhuhu. Time berdating dulu pernah juga sekali makan ketam dan masih lagi cerita yang sama, tak reti makan ketam. Cumanya bernasib baik kerana Encik Mie sangat rajin untuk kopekkan ketam kalau tidak....

Itu kisah ketam, ntah kenapa bila hari-hari lalu depan gerai jual ketam kat tepi jalan Sg Buloh ni keinginan makan ketam tu terlebih pula. Apalagi, singgah Tesco beli dan bawa balik. Dan seperti biasala dah semua tak reti jadi nak membersihkan ketam pun tak reti la jugak kan. Panggil Encik Mie dia siap gelakkan, ceh..ingat gelak sebab tau rupanya dia pun tak tau. Maka terpaksala guna kan hikmat ingat-ingat lupa, ingat cara macam mana kakak kedua bersihkan ketam untuk ketam berempahnya. Nasib la ketam ni endingnya masih seperti ketam huhu...ok lupakan la citer panjang lagi merepek ni yang ni resepi ketam pedas dengan telur masin hasil melawat ke blog-blog antaranya blog kak Ita ~ masam manis serta beberapa lagi yang tak ingat (google yang tolong). Apa pun resepi ni sangat derhaka dan sesimple yang mungkin. Sapa nak sila tiru, tak sedap jangan marah hahaha..



2 ekor ketam (ana beli se-kicik se-besar, bersihkan buang apa yang sepatutnya)
7 biji cili api (nak pedas tambah lagi)- tumbuk
1 biji bawang besar- tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji telur masin (rebus dan lecek siap-siap)
garam (kalau perlu la)
daun kari ( takde pun takpe)
minyak untuk menumis
susu sejat (maap ler tak letak hehee)

Kunyit garam kan ketam dan goreng sampai masak
Tumis bahan tumbuk tadi, masuk kan telur masin lecek
Biar sebati letak garam kalau tak cukup rasa (time ni boleh ler letak susu dan daun kari)
Masuk Ketam, sebatikan angkat dan hidang, panas-panas

konfom makan tak tengok kiri kanan dah hehehe...sekian





No comments:

Post a Comment