Thursday, 4 April 2013

Pizza Segera

Assalammualaikum, entry hari Jumaat tentang opcoz makanan.
Ini la ropernyer pizza segera yang comey lote...sekali makan pengsan banyak kali. Sebabnya tomato puree brand Duchef ni masam ya amat, ana letak banyak pulak tu..ting tong kejap hahaha...


Pizza segera

 
Resepinya hentam je kerana, you know me berkerjaya kununnya...kot2 sapa2 nak wat master chef version sumenyer instant hah jangan lupa calling-calling ye hikhik...

Resepinyer sonang amek...

2 keping roti arab (beli kat Giant, 1pek ada 5 keping)
Sosej 5 pcs potong tecik-tecik (tak letak pun sebab ada ayam)
Tomato puree
Daging Ayam pun potong tecik-tecik
Bawang merah hiris besar
Bawang Merah dan Bawang putih cincang halus
Cendawan (kalau kering rendam, kalau yang segar dan belum hiris so hiris saje)
Keju - Mozarella dan Cheddar

Tumis bawang yang cincang sampai layu.
Masuk ayam masak sampai lembut.
Perasakan dan masuk cendawan.
Susun roti dalam dulang.
Sapu atas roti dengan tomato puri, tabur keju ikut suka banyak mana.
Susun ayam dan cendawan yang telah ditumis serta bawang hiris.
Tabur cheese lagi dan bakar selama 15-20 minit, bergantung pada oven anda.

* Nak letak cili benggala pun boleh nak letak zaitun pun ok, letak je apa-apa yang nak letak, janji tekak anda ok hehehe...

No comments:

Post a Comment