Monday, 22 April 2013

Ops Tat..Cheese Tat Gebu

Hehe...saja buat tajuk gempak sikit. Gara-gara tempias Ops Daulat dan kemaruk nak bercuti ke Sabah. Kata family saya "ko pergi Sabah tu nak jadi volunteer ke"..ha'ah...haruslah kennnnnn laki bini gitu pergi jadi sukarelawan hikhikhik...

Sebenarnya dah 3 minggu batuk dan selsema ni tak hilang. Agak-agaknya ubat apa la nak makan bagi hilang segala tok nenek ni hihi. Tercatat la dalam sejarah dunia ofis saya yang saya ambil cuti sakit(MC bahasa sejagatnya) selama 2 hari. Sebelum ni jangankan MC cuti pun susah huhu. Bukan tu aje, peruntukan RM500 yang company bagi pun habis dalam masa 4 bulan. Camne la nak menempuh lagi 8 bulan untuk 2013 ni..huhu sedih. Dalam pada sakit tu, tekak masih lagi mampu 'melantak' kaw..kaw pula tu. Paling dashyat masak pun jadi malas. Sudahnya En. Mie sumbat dengan McD la, Dominos la, Nasi kukus la dan just name it and i'll get it huhuhu seronok la bini awak ni bang oi. Gomok la den...

Ok la merapu aje tat nyer tah ke mana. Sebenarnya nak share gambar aje. Resepi nanti ye bila ana dah free ana akan buat cantik-cantik. Dan paling penting bagi ana up skit skill menge'tat' ni, maka bolehla dikongsi tips dan keberhasilanya. Sebabnya tat yang ni tak berapa cantik dan legam sikit. Maklumla busy katakan, menonton Lewis Hamilton la Micheal Rossberg la (ha eja sendiri janji ada bunyi) Ferrari, Ferroro la, bintang mencari bintang la macam-macam. Yang pastinya lawak Afdlin Shauki dan anak buahnya si Bocik sangat sempoi dan menjadi, lawak tak ingat terutama bila bab kembar awal sehari dan lewat sehari. HAHAHA terbahak gelak. Si Sabri Yunus a.k.a Sabri Fadzil kata Pak Tam pun lawak juge cuma lawaknya buat kita kena berfikir. Hah tengok, banyak rancangan yang si Ana tengok mana la tak menghangit. Last-last tat terlebih masak. Adui tu belum letak filing mau rentung jadinya.

Ok ni gambar yang sempat di snap sebelum dimakan dan ditapau.



Tengah-tengah mengantuk, hujan dan ditemani perut lapar hehehe


Photogenic cheese tat :)


Sedap...


Sedulang tat hangus...cheese tat betul


Nota Kaki: Pada Kawan saya...Silent Reader nama LALA...sila jangan email ye datang makan kat rumah hehehehe

Thursday, 18 April 2013

Brownies yang cun

Selamat dan sejahtera...kali ni nak mengongsi gambar brownies kukus lapis cheese...apatah namanya main hentam je. Ada nampak resepi kat blog-blog masakan tapi tak sempat nak print. Jadinya hentam je resepi sendiri. Ikut tekak nak makan tiba-tiba kenn...

Resepi senang sangat. Untuk adunan coklat boleh refer kat resepi brownies terdahulu, cuma telurnya di tambah lagi 2 biji. Yang cheesenya pula pukul 250g atau sebungkus cheese Tatura yang kecil tu dengan setengah cawan gula halus dan bila dah sebati masukkan telur. Aduk-aduk sebati.

Kukus adunan coklat selama 15 minit (bahagi dua adunan ni), masukkan adunan cheese, kukus lagi 15 minit dan akhir sekali masukkan adunan baki coklat. Kukus agak dalam 20 minit atau cucuk dengan lidi. Kalau bersih berkilat lidi tu maka dah masak la tu.

Topping senang sangat, suku buku butter size 250g, coklat masak dalam 200g (hehehe banyak ni) setengah cawan whipping cream (bukan tenusu ye). Masak kaedah double boiled. Brownies dah sejuk curahkan topping. Walla...potong-potong boleh makan. Sedap you...

Si Comot

Comot yang enak

Tuesday, 9 April 2013

Cakequinn selangkah ke hadapan

Alhamdulillah...ye tajuk tu memang benar. Selangkah lagi menimba ilmu dalam bidang pastry, cake dan hiasan. Ini juga sebagai persediaan untuk masa depan, mana tau dah malas makan gaji. Kali ni Ana mencari ilmu dalam bidang gumpaste pula. Sebenarnya Ana dah lama berjinak-jinak dengan gubahan bunga atas kek tapi biasanya guna fondant atau paling tidak beli bunga siap hihi. Kali ini beralih ke gumpaste pula. Gumpate ni lebih mudah digubah tapi kena cermat dan tertib. Biasala benda cantik.

Kelas ni Ana belajar dari Kak Jun - cupcakekasih a.k.a www.diarikasih.com, banyak jugak ilmu yang Kak Jun ajarkan pada kami. Antara bunga yang kami belajar antaranya peony, roses, carnation, my lovely calla lily dan a few yang namanya payah nak sebut, tapi dicipta tujuannya sebagai filler. Kelas kami ada seramai 5 orang, Kak Gee a.k.a Aunty, Suhaila Zakaria (antara tukang buat tart yang glamer), Syafa dari Kuantan a.k.a Syafa Cupcakes (google la mesti jumpa) dan Said yang datang bagi pihak isterinya (betul ke eja ni? katanya ada juga buat kek, sapa2 area Sg Buloh boleh cari).

Kelas bermula dari pukul 10 pagi, tapi Ana lewat, jammed teruk di Airport Subang (ada accident huhuh) dan berakhir pada pukul 5 tapi terlajak ke pukul 7 hihihi..Kushyuknyer kami. Seronok banyak ilmu dapat. Ok...antara gambar yang ana sempat snap. Tak banyak tapi boleh la.



peony

antara bunga untuk filler

ni sedang gubah

siap dah

maaf tn rumah..kami sepahkan

view dari side tepi

view dari atas



Friday, 5 April 2013

Diserang!!!

Nak sharing dan tunjuk sesuatu. Geram sangat tengok, tiap-tiap minggu selepas kemas rumah dan kalau tak busy ini lah kerja wajib kena buat. Tengok gambar, si kutu tu melekat dan mengerjakan kaktus dari kumpulan ni..(masa ni payah betul nak ingat nama family kaktus ni...tp succulant type). Bila dikorek dan dibuang ulatnya nanti akan menanggis si pokok (maksudnya keluar air dari bekas gigitan tu). Setakat ni tak guna lagi racun-racun serangga, cuma kutip satu-satu dan buang kutu tu.

Kaktus berduri tu taknak pula dia, cuba makan sedap ke tak kutuuuu oi..hehehe. Marah bunyinya. Tak ler marah geram sikit je.

Oh ye citer pasal perosak ni, baru-baru ni balik kampung singgah kat pasar malam Rembau jap. Beli makanan sikit dan paling best jumpa sesuatu untuk cik titi di rumah. Bila balik rumah terus letak kat ayam baki-baki dan tak sampai sejam kedengaran bunyi cik titi menjerit, hehehe jerat dah kena. Cik titi tak makan saman, dah bagi amaran pun masih main kejar-kejar lagi...kan dan kena hihi.

Itu je nak citer sebenarnya, tapi terpanjang pula celoteh.














Raikan Cinta ~ Red Velvet in da house

Yuhuuuuu...untuk kesekian kalinya saya persembahkan RVC dan RVCC baca betul-betul..bukan RCW hokey...RVC and RVCC I memang seksi hokey so kengkawan meh I nak bagitau yang kek seksi I ni ditempah khas oleh my opis mate untuk mama dan abahnya punyer anniversary...yang keberapa tak tau sebabnya tukang order pun tak ingat hewhewhew...bukan itu saje ada jugak pavlova mini untuk meraikan cinta..eceh..aku plak over...hokey layan gambo jela


Red Velvet Cake in da house


Cupcake version


Mini pavlova


 
p/s: ~Happy Anniversary~

Thursday, 4 April 2013

Pavlova yang mengiurkan

Tajuk memang tak boleh blah. Rasa opcoz la rasa pavlova kan. Enak? harus ler... ni pun tempahan dari opis mate juga, nak yang ala-ala kek katanya..tqvm to my prenz...pavlova ni special coz dia besar. Sila-sila bandingkan kebesaran pavlova tu..hui giantnyer. 

Yang tonet-tonet tu kakak saya yang order. Tecik senang nak makan. Sesuai sangat ler untuk wat majlis makan-makan. Makan-makan kat rumah kakak saya plak sempena anaknya balik dari PLKN. Jauhnya PLKN sampai ke Miri nun.  

Hua..hua..hua...buahan segar untuk pavlova ni dipetik khas dari ladang tapi ladang kat mana hanya peladang itu saja yang tau. Dan saya hanya tau beli dari pasaraya punyer peti ais, setakat ni tu la ladang paling subur pernah saya jumpa kat Lembah Kalng ni hehehe. So memang segar sangat la kan. Ok lah penat membebel..tata titi tutu.


Si Giant



Si Cute



Single pack


Pizza Segera

Assalammualaikum, entry hari Jumaat tentang opcoz makanan.
Ini la ropernyer pizza segera yang comey lote...sekali makan pengsan banyak kali. Sebabnya tomato puree brand Duchef ni masam ya amat, ana letak banyak pulak tu..ting tong kejap hahaha...


Pizza segera

 
Resepinya hentam je kerana, you know me berkerjaya kununnya...kot2 sapa2 nak wat master chef version sumenyer instant hah jangan lupa calling-calling ye hikhik...

Resepinyer sonang amek...

2 keping roti arab (beli kat Giant, 1pek ada 5 keping)
Sosej 5 pcs potong tecik-tecik (tak letak pun sebab ada ayam)
Tomato puree
Daging Ayam pun potong tecik-tecik
Bawang merah hiris besar
Bawang Merah dan Bawang putih cincang halus
Cendawan (kalau kering rendam, kalau yang segar dan belum hiris so hiris saje)
Keju - Mozarella dan Cheddar

Tumis bawang yang cincang sampai layu.
Masuk ayam masak sampai lembut.
Perasakan dan masuk cendawan.
Susun roti dalam dulang.
Sapu atas roti dengan tomato puri, tabur keju ikut suka banyak mana.
Susun ayam dan cendawan yang telah ditumis serta bawang hiris.
Tabur cheese lagi dan bakar selama 15-20 minit, bergantung pada oven anda.

* Nak letak cili benggala pun boleh nak letak zaitun pun ok, letak je apa-apa yang nak letak, janji tekak anda ok hehehe...

Tuesday, 2 April 2013

Masak Lemak Cili Api Orang Nogori

Campuran Cili dan kunyit yang telah ditumbuk lumat

Asam Mangga Muda~ di racik halus (sangat..)

Ikan Keli a.k.a Sembilang Panggang/Salai (nampak tak salai dalam kuali)

Santan dalam kotak je (cap Ayam boleh cap apa pun boleh janji rasa santan)


Ok Setelah sekian lama tak menulis, entry kali ni nak citer tentang makanan paling famous di Negeri Sembilan. Asal cakap je orang Nogori maka akan keluarla nama makanan ni. Masak Lomak Cili Api...Harusla pedaskan.

Kalau di kampung, semua bahan-bahan ni fresh paling-paling pun ikan keli (orang nogori panggei ikan semilang...1st time cakap dengan mie dia asyik la ingat ikan Sembilang laut tu...) tu hidup lagi dari pasar.Tapi bagi saya yang berkerja (cewah ayat...) bahan-bahan yang digunakan seperti santan contohnya adalah dari produk yang ready to use. Apa pun untuk mengekalkan keaslian gulai ni maka saya gunakan cili dan kunyit hidup ye puan-puan sekelian. Kunyit serbuk is no..no..no. If nak pedas maka letak la cili banyak-banyak. Tiada penggunaan bawang dan serai di sini. Ada juga kawan dari Perak tanya "kenapa tiada?". Jawapannya "Itula baru gulai masak lomak cili api Orang Nogori"..hehehe.

Senang sangat, bahan-bahan di atas lebur dalam satu periuk secara tertib dan diperasakan dengan garam, no cik Aji. Tertibnya bermaksud masuk cili dan kunyit yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan pula santan dan masak atas api sampai didih. Seterusnya masukkan mangga muda (buah belimbing buluh boleh, pucuk ubi boleh, asam gelugur fresh tu pun boleh..yang ni ikut suka la ye) biarkan sebati. Masukkan ikan biar sebati dengan kuah, pastikan api dapur tu slow je kalau tak pecah minyak nanti (jarang berlaku pada santan kotak). Akhir sekali perasakan dengan garam, yummy siap untuk dihidangkan.