Friday, 28 September 2018

Gempa dan Tsunami



Assalam semua...baru sebentar tadi mendapat perkhabaran dari sahabat-sahabat di Kepulauan Sulawesi (Bandar Palu) dilanda tsunami selepas berlaku gegaran pada skala 7.5 magnitude. Semoga sahabat sekalian selamat hendaknya...Amin. (Update jam 11 malam waktu Malaysia, 28 September 2018). Allahu..video yang dikongsi amat menakutkan, semoga mereka semua selamat. Semoga kami semua berada di bawah lindungan-Nya.

#prayforSulawesi #tsunamisulawesi

Monday, 24 September 2018

Edible image? Yay or Nay?

Hi Chuols,
Ana nak share sikit pasal penggunaan edible image.

Edible image tu apa? Masih ramai yang di luar sana tertanya-tanya. Eh boleh makan ke?

Edible image ni adalah gambo yang boleh dimakan tu...tuan/puan nak buat birthday anak yang ke-5 katakan. Tuan/puan jumpa baker mintak nak gambo anak atas kek tu. Makanya baker pun akan pergi jumpa tukang print atau pun baker print sendiri. Tapi awas bukan print guna printer daily kita tu, yang ni dah memang khas untuk edible ink dan papernya juga adalah dari icing. 

Lebih kurang gitulah penerangan pasal edible ni. So far iols print dengan kawan, almaklum bukan print hari-harikan, mesinnya, inknya semua tu agak costly. Sekeping image anggaran size A4 boleh berharga dari RM15- RM30 (harga tahun 2018 ye kawan-kawan). Semuanya bergantung pada beberapa faktor antaranya size gambar, jenis (cupcake dan kek size dan jenis berbeza), kawasan (di bandar besar biasanya lebih murah) dan juga design. 

Ok setakat ni, itu adalah basic yang tuan/puan sangat patut tahu. Tak la nanti terkejut dengan harga edible yang agak 'memberangsangkan' itu dan juga jangan panik masa nak makan, makan jelah gula semua tu bukan plastik atau kertas pun hehehe. Yay? or Nay? nah pilihan di tangan anda...tak salah pun benda boleh makan..gitchewww

Ok nih iols sharing gambar kek yang menggunakan edible image...so enjoice!!


Edible ni ukuran 7 x 7 keknya butter cake dengan blueberry filling

Ni sempena Aidilfitri Choc moist dengan oreo buttercream



Sunday, 23 September 2018

Masih begini dan begini

Salam semua...lama sungguh tak mengadap dan mencurah idea. Banyak yang berlaku, banyak yang terjadi tapi Alhamdulillah semuanya masih begini dan mungkin...terus begini. Cabang-cabang kehidupan juga terus bertambah, selari dengan peningkatan usia. Walau ombak berubah tsunami sekalipun yang datang membadai, angin sepoi-sepoi berubah menjadi taufan, hidup harus diteruskan seperti biasa.

Eh bebel banyak pulak. Macam-macam nak share katanya. Tapi menulis malas..acaner tu?

Nah hari ni nak share gambar-gambar dan cerita tertunda setelah lebih setahun tak masuk rumah ni. Hah mampu??? update blog setahun sekali? Ko ingat ni hari raya? Ana..oh ...Ana. Kalau rumah betul mau penuh sawang, semak lalang tumbuh tinggi ni. Iyalah cuba sedaya upaya menulis kat sini, mencurah idea selagi daya. 

Buat permulaan setelah sekian lama, moh ler kita cuci-cuci mata sekali harung tepek gambo yang rasa sesuai ye..wokeyyy muchas gracias...


Brownies dengan nuttela dan walnut


Birthday kek untuk kanak-kanak.. ye anak-anak sekarang sangat bijak..love them ya


Yang ni doorgift sempena akikah..brownies dalam foil


Yang ni order bulan December 2017 1st-Choc moist, 2nd-RVC dan 3rd-butter cake,
pakej dengan doorgift choc moist


Tart keju dalamnya ada blueberry filling


Carrot cake with cream cheese and walnut, rasa sekali terus addicted


Tak lain tak bukan melty hershey, banyak permintaan untuk si dia ni


Pavlova yang sentiasa ada peminat sendiri


Carrot cake in a cup..juga untuk akikah


Choc moist versi mini juga untuk doorgift


Baby shark theme


Birthday tak semestinya potong kek, brownies pun boleh


Choc chip yang sentiasa di re-stock


Boboi-boi pun tak nak kalah hokeyyy


Brownies, nutella dan almond chips..yummmm


Chill cheesecake dengan strawberry filling


Pannacotta- ramai tau peminat dia ni


Melt in mouth- Pineapple tart 


Dendeng- sempena bulan ramadhan baru-baru ni


Choc chip lagi dan lagi..dan lagi


Roti jala- tempahan paling banyak sepanjang bulan syawal baru ni jodohnya kuah kari (dalam gambar takde)


Apam polkadot yang lembut, gebu gebas


Dessert spread sempena makan-makan di office dadih, kek, puff, tat semua dari #dapurmakpanas


Fresh fruit pastry kek..buat come back dan viral seantaro media sosial ehehe