Wednesday 23 March 2016

Tempahan Kek, Roti dan Biskut (serta dessert juga)

Hai semua, untuk makluman tempahan untuk kek, roti, muffin, biskut dan dessert atau sebarang pertanyaan tentang benda-benda ni boleh la contact ana ye (no hp masih sama kat sebelah tu je hihihi). Kalau kena masanya InsyaAllah ana akan penuhi permintaan kalian. 

Ada juga tempahan untuk candy buffet yang mengikut bajet dan citarasa anda (InsyaAllah). Untuk penghantaran pula, tak jadi masalah kita boleh bincang, untuk yang di area N. Sembilan (Seremban, Rembau, Tampin dan Kg den) juga boleh dipertimbangkan. Ok nak selit gambar-gambar yang tak sempat upload. Thank you semua.







Bawang Goreng Crunchy

Yuhuuuu..kali ni bersiaran dari 'kitchen Lab' lagi. Eksperimen kali ni bawang goreng crunchy. Bulan lepas ana ada beli bawang goreng sedap, makan ratah sambil tengok tv je. Ana ni bukan lah penggemar bawang goreng, kalau beli pun takut-takut sebab banyak kali terkena, bawang goreng rasa plastik, bau tengik dan tak ummm. So bila dah kena camtu ana amat lah berhati-hati.

Cuma bila kakak ni offer ana amik just nak try. Amazing...sedap weh, nak beli lagi dah takde stok pulak. Limited katanya. Maka ana pun gigih la beli bawang, kopek kulit dannnn...taraaa beli food processor hahaha (yeaayyyy dapat lab toy baru). Nak menghiris/menyagat memang rasa hebat lah kalau buat sendirikan. So ana pun masukkan dalam slicer, kejap je dalam lebih kurang 5minit habis 0.5kg bawang jadi kepingan.

Ok start dari membuang kulit, membasuh dan kemudian menghiris. Ana try rendam dalam air garam 10 minit dan pada pemerhatian ana tak perlu rendam dah pun sebenarnya sebab kita perlukan bawang yang kering untuk mendapatkan hasil yang sempurna (cewahhhh). Ok dah tos kaw-kaw (tos dalam tapis, lap dengan tisu dapur bagailah), ana masukkan garam 1 sudu kecil dan gula juga 1 sudu besar, tos lagi. Punya la banyak air dia dekat secawan jus bawang ana dapat. 

Agak-agak dah takde air yang keluar, ana pun gaul dengan tepung beras 1 sudu, dan panaskan minyak lantas di goreng dengan minyak yang banyak hingga kuning dengan api yang sederhana (lama lebih 6minit). Kemudian angkat dan tos, jangan kuning sangat nanti dia hangus sebabnya proses 'pemasakkan' (paham-paham la ye) masih berlaku walaupun dah tak dalam kuali. Kemudian ratakan dalam dulang dan lap-lap baki minyak untuk bagi dia kering, dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara dan boleh makan. Sedappp dan tahan lama garingnya tu. Next nak eksperimen cara nak bagi minyak tu kurang pulak. Sebab minyak yang banyak tu akan buat dia jadi berbau tidak enak dan kurang garing. 

Sedang goreng

Gituuuu...amatur banget dehhhh...ok uols..kalau sudi sila try dan cubalah ye, mudah, suci dan bersih (dijamin).

Siap dah

Proses Merajinkan Diri dan Sticky Chicken Wings

Tajuk ni paling tak menahan.
Hihi...eh..luper sorry...Assalammualaikum...salam sejahtera.
Takde ucapan romantis (perlu ke kan??). Bila sibuk tahap tak hengat diri ini jadi malas, tapi bila dah settle semua boleh la menulis dan kongsi apa-apa yang menarik. 

So harini, I'ols nak share resepi sticky chicken wing yang marvelous..katanyaaaa...

Ok resepi sempoi ni adalah hasil dari 'kitchen Lab' ana, tak sedap harap maaf, ni memang resepi ikut sedap tekak je ni.

Watak utama, chicken wings, nak part lain pun boleh tapi dah tak jadi sticky chicken wing dah la hahaha.

Bahan:

Chicken wings (ikut suka banyak mana)
Sos BBQ (brand apa-apa pun boleh)
Madu
Serbuk Paprika
Mixed Herb
Minyak untuk mengoreng
Serbuk kunyit
Garam
Sos thai
Sos tomato/sos cili (jika suka pedas)

Cara:

Bersihkan wings, perap dengan mixed herb, serbuk kunyit dan garam (30 minit lebih pun takpe).

Ayam yang sudah diperap dengan garam, kunyit dan mixed herb

Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kekuningan, terlalu masak nanti kering tak best. Kalau hangus lagi lah parah hahaha.
Dah habis goreng, kurangkan minyak, kecikkan api.

Ayam sedang digoreng, sorry minyak tak cukup masa ni

Masukkan sos bbq, sos thai, madu, dan sos tomato/cili (part ni nisbah dia 5:4:4:2), agak-agaklah ye kalau ayam banyak maka lebihkan bahan-bahan salutan. Kalau suka manis tambah la gula/ lebihkan madu(tapi manis dah sukatan ni sebenarnya).
Perasakan dengan serbuk paprika untuk lebih kick.

Dari Kiri: Serbuk Paprika, Honey, Sos Thai, Sos BBQ dan Sos Tomato

Ok dah mengelegak dan sebati masuk kepak ayam tadi, gaul tutup api dan angkat.
Hidangkan ikut suka, makan camtu je atau dengan nasi. Sedap uols.

Yesza, sticky chicken wings yang yummss

Ok tu je dulu nanti dah free, ana up lagi apa-apa yang menarik. 

Pada yang nak order kek, silakan jangan segan-segan. Harga InsyaAllah berpatutan. :)





From Penang with love

Now nak sharing my 'foodology' while I'm in Penang. Visiting Penang without trying the local food is a waste. First of all if there are any price changes, apology from my side, actually this happen in 2015, so  you know lah kan. Ok la i ate a lot of rojak that's why my language also rojak. Oklah lets cheghita in loghat Penang (my version of course..hihi).


Jambatan Baru

Cheq pi Penang, drive dari pukui 8 pagi sampai pukui 3 petang. Jammed all the way ke utara, but still consider bergeraklah. Hotel awai-awai lagi cheq dah booking kat agoda.com. Ni gara-gara dapat rebate sebab pengguna Digi (rajin amat si Digi bagi rebate coupun bagai nih). Senang dah nak booking kat agoda.com ni, dulu baq hang, payah ya amat...almaklum cheq ni kad credit nan hado tapi sekarang dah boleh guna online banking dan kad debit ampa tau. Maka cheq booking 1 hotel kat Bayan Lepas, nama dia U Hotel. Hotel baru, bersih cantik, kemas bau wangi dan paling penting murah, bab gaya retro minimalis hipster, tu memang fesyen sekarang la kot kan. Kat mana? Nun sebelah Tesco Extra dekat dengan pintu USM yang dekat dengan masjid tu (pintu had nombor berapa cheq tak tau la pulak). Rega RM344 untuk 3 hari 2 malam, pastu cheq tak tau pulak, la ni kalau pi Penang, ampa need to pay Local Penang Fee (Hotel)~ RM2/night for 3 star and below and RM3 for 4 and 5 star. Katanya start bulan 6 lepaih dah bayar dah. Ok...so sebab kan tempat kami ni agak bising kawasannya al-maklum tepi jalan, sebelah Tesco, dekat dengan kawasan commercial makanya takde lah istilah sunyi. Kami sampai hari Khamis tu terus la kami pi jalan kat Padang Brown tapi lebih dikenali sebagai Padang Broom oleh orang local Penang. Tapi...to bad so sad tempat makan dah tutup pukui 5 time tu. Maka kami jalan lah cari Kapitan pulak. Kenapa tak pi Padang Kota? Hehe kami simpan untuk next time lah ya. Cari punya cari, cari lagi kami jumpa (google map jumpa sebenarnya) 2 ke 3 Kapitan tapi kami tak mau kami mau Kapitan yang dekat Chulia Street jugak. Gigih la google Chulia Street hahaha.

Kami sampai, masalah seterusnya adalah parking. Tapi takpalah sat lagi kalori lebih 1000kcal nak masuk makanya parking la jauh sikit. Kami order recommended food by kawan-kawan iaitu nasi beriani (ayam/kambing/daging) dan Nan Cheese/Garlic/Biasa dengan ayam Tandoori, ayaq milo dengan nescafe. Tudia makan tak pandang orang sedap je kami nyantap, cuma servis lambat mungkin sebab orang ramai, harga lebih kurang dalam RM30. Kami makan ala kadar ja lah, sebab malamnya kami plan nak pi beratuq pulak. Hmmm tu diaaa...dia punya challenge ampa tau..perghhh. Pehtu malamnya gigih la laki bini pi beratuq kat depan simpang dekat area Chulia street tu jugak sebelah masjid cantik tapi lupa dah nama dia (itula sapa suruh tak update cepat hahaha). Malam tu nasi kandaq kami total dia RM18, murah lah bagi kami air teh ais 2, nasi 2, ikan tenggiri goreng, telur masin 2, kubis goreng, daging masak berempah dan ayam goreng. Ok lepas makan melepak pusing-pusing Georgetown.



Nan Cheese dan tandori






Mari beratur


2nd Day

Celik mata siap-siap pi merket, kami sarapan kat Astaka Taman Tun Sardon. Nasi lemak 2 pinggan berlaukkan ayam, telur mata dan paru total RM12. Ayaq nescafe 2, serabai fofuler tu 5keping (pergh beratuq kalah nak masuk stadium). Sambil makan duk borak dengan pak cik yang peramah ni. Macam-macam la dia cerita. Dari dulu, zaman la dan zaman akan datang hahaha.

Panas jangan cakap la perghhh..

Pastu kami masuk Queens bay mall. Sejuk kejap, tapi takde apa nak beli. So merayau ajelah. Last-last novel jugak kami beli hihi.

Lunch, kami pi makan roti, sebabnya petang sikit kami nak pi lagi Padang Broom tu. Dalam pukul 2 gitu kami sampai, duk order la pasembor, cendol, sup kambing bagai. Sedapnya la cendol dan ABC uncle ni.


Pasembor


Sedap Cendol dan ABC uncle ni






Padang Brown a.k.a Padang Broom



Seusai makan, kami pergi jalan ke Jalan Gurney hahhaha dah takde keje sangat nih. Pehtu kami pusing Georgetown (jem ooo). Kendian kami pi beli jeruk, tak dan nak beratuq kat jeruk pak Ali makanya kami pi beli kat jeruk belanga, eh not bad sedap weh. Memang umm...takde rasa 'gassy' yang macam jeruk lama. Pehtu saje pusing-pusing kat bazar depan IPK/IPD tu. Paling tak best kami dapat surat cinta, mencikkk....rupenya bila diperhatikan betul-betul, Penang ni ada tempat weekend kena bayar parking ada yang tak perlu. Walaupun parking di kawasan takde orang dan jauh dari apa-apa tarikan pelancong hahaha Ok noted di situ. Selepas tu kami ke Batu Feringgi, perghhhh jem sesak teruknya...tak sampai pun  ke kawasan depan-depan tu cukup la sampai area pantai yang dekat dengan kawasan perumahan tu kami surrender, sesaknya Ya Allah. So baliklah kami ke pangkal jalan hahahha. Next time la kami pi na.

Malamnya kami makan di Zubaidah sebelah Tesco, mahal boleh tahan.. RM35 untuk Nasi 2, ayam masak kicap, daging berempah dan bendi serta air teh o ais. Pehtu balik tido (mana la tak gemuk, makan tidur je).



Pantai Batu Feringgi

Sampai sini je tak larat dah


3rd Day

Ok pagi ni kami makan roti ala kadar je. Sebabnya kami nak pergi kenduri kawin kat Sg Petani. So bye-bye Penang, InsyaAllah jumpa lagi. Tak puas jalan dan makan, kesimpulannya Penang memang food heaven. Balik ke KL ngadap jem lagi huhuhu.


Jambatan Lama