Tuesday, 21 April 2015

Bank vs Lawyer vs Developer vs Purchaser (Tersepitnya)

Haiii...dalam entry lepas, ana ada cerita pasal bank dan masalah lawyer. Tujuan tulis ni sebagai peringatan pada diri sendiri, mana tau ada rezeki nak beli banglo ke super-duper link ke, boleh buat reference. Sebelum tu, menulis ni kalau boleh tak nak la sebut nama sesiapa. Yelah masing-masing ada nama dan business yang perlu dijaga nanti buatnya lah ada yang terbaca habis lah business dia orang. Cuma kalau orang kata takut ke nak reveal nama depa, for me tak la. Bukti cukup untuk buktikan yang dia orang ni tak buat kerja, sengaja melambat-lambat process dan punya sifat yang akan buat kita ni customer macam sampah. Beza sangat masa ambil loan dengan UOB dalam masa sebulan siap semua.
Cumanya officer bank ni sendiri yang bagitau, at least bila Puan report, HQ tau masalah kami kat sini. Maka Puan, buatlah report pada Customer Care kami. Hah gituuu...maka ana (kalau tak suruh pun memang akan buat) dengan bangganya email 1 karangan yang simple tapi content boleh buat orang gigil. Hmmm. Tapi tak dinafikan kita ni manusia biasa, mungkin branch tu yang tak berapa bagus, hiccups here and there. But the customer care are damn good. Pagi emel, petang reply, esoknya call hari ketiga duit disburse pada developer.
Susah nak paham orang? Memang pun, ana ni jenis yang terus terang. Kalau rasa tak boleh buat bagi tau, jangan bagi alasan yang bukan-bukan. Mula-mula kata esok, kemudian 8hb, kemudian lagi 13hb, sebulan kemudian call lagi  tanya lagi, bagi tau lagi 2 weeks akhirnya dapat tau dokumen tu salah. Sepatutnya bank A tiba-tiba tercas bank B, kenapa selepas sebulan baru bagi tau yang dah salah bank la, salah dokumen la, consent baru dapat lah. Memang ni semua kerja lawyer tapi lawyer tu bank yang pilihkan, bila customer nak guna lawyer sendiri, bank yang tak bagi atas alasan ini adalah peguam panel kami ni. Alahai…
Lawyer plak, jenis lepas tangan. Janji dapat duit. Kerja lepas pada budak-budak baru nak up yang kerjanya 10minit sekali update Whatsapp punya profile picture. Apa kita expect pada budak-budak camni?(maaf tak semua, di akui ramai yang bagus-bagus). Yang bossnya duit nak tapi kerja tak nak. Paling memualkan, call tak angkat, kalau jawab call pun bagi alasan macam-macam, pergi toilet la, lunch la, meeting la, on the phone la tapi dari belakang boleh dengar dia duk jerit “bagi tau je I pergi toilet”… Macam nilah, ana sebenarnya malas nak marah-marah, taukan kerja tu amanah, kerja tu juga tangunggjawab. Kalau tak buat nanti jawab lah ye.
Hmmm... yang paling tak ana sangka bank hebat punya nama besar tapi mentality dan sikap  mencari kesalahan orang lain sangat-sangat ketara. Cubalah selesaikan masalah dan cari punca masalah tu. Bukan tuding jari cari kesalahan orang lain. Mana kerja nak jalan kalau macam tu. Haihhh...kalau mentality macam ni sentiasa dan tak berubah memang tak kemana lah kita.
Ok, ana nak kongsi kronologi dari kisah ni, mana tau nanti dapat rezeki lebih nak beli bangle eh eh..banglo atau super duper link (minta dijauhkan jumpa orang-orang yang macam ni):
Tarikh
Perkara
Contact Person
Dokumen Sokongan
17 Jun 2014
Bayar booking fee sebanyak RMxx,000
Salesperson pemaju
Receipt dated 17 Jun 2014
18 Jun 2014
Hantar permohonan pinjaman kepada bank
PIC bank
Salinan borang, IC, receipt booking dan surat sokongan syarikat
23 Jun 2014
Loan diluluskan, terima Letter of Offer serta beberapa borang dan dokumen
PIC bank
Salinan surat
23 Jun 2014
Tandatangan Letter of Offer, borang dan dokumen dan pulangkan kepada bank
PIC bank
Salinan surat
7 Julai 2014
Terima Surat Perjanjian Jual Beli (SPA), borang 14A, borang TNB, SYABAS, surat persetujuan untuk gated & guarded
Wakil SPA lawyer
Salinan mukasurat penting SPA, borang-borang berkenaan
7 Julai 2014
SPA ditandangani dan diserahkan kembali kepada peguam SPA, bayar RMxxx.00 kepada SPA lawyer
Wakil SPA lawyer
Salinan mukasurat penting SPA
18 Julai 2014
Lawyer  called, borang yang telah ditandatangani pada 23 Jun 2014 adalah borang lama, bank dah guna versi lain. Pergi ke office lawyer untuk tandatangan semula surat/borang dari   bank (version baru)
Lawyer
Dari dokumen version V5 ke V6
10 Sept 2014
Terima salinan Invoice dari pemaju kepada bank
Expiry date: 10 Oct 2014
Wakil pemaju
Invoice No.   xxx
 2 Oct 2014
Tandatangan Supplementary Letter of Offer dari bank 
PIC bank  
Salinan  Supplementary Letter of Offer
16 Oct 2014
Terima “Letter of Confirmation and Undertaking
Wakil SPA lawyer
Berserta set document dari
-salinan emel
-kelulusan kebenaran pindahmilik dari pemaju ke pembeli pertama
12 Dec 2014
23 Dec 2014

30 Dec 2014
8 Jan 2015
Terima surat dari   Lawyer (salinan) kepada bank untuk perlepasan loan
Call lawyer, consent baru dapat (aikkkk)
Call lawyer, consent salah (???)
Call branch, dokumen salah. Tercas atas bank lain. Consent salah (again??)
Lawyer
Lawyer

Lawyer
Bank/Lawyer
 Attachment beberapa dokumen


 -


 -

 -
19 Jan 2015
Menghubungi Khidmat Pelanggan bank. Diminta membuat aduan bertulis kepada pihak bank. Email ke bank berkenaan pinjaman perumahan telah dihantar pada hari yang sama kerana masih tiada tindakan apa-apa sehingga 16 Jan 2015. Petang Customer Care bank call.
Customer Care
(1 300 xx xx xx)
Email bertarikh 19 Jan 2015 sebagai rujukan
20 Jan 2015
Terima balasan email dari pihak bank memaklumkan email berkenaan telah dihantar ke unit aduan No. Ruj. xxx
Email bertarikh 20 Jan 2015 sebagai rujukan
21 Jan 2015
Dihubungi oleh pihak   bank berkenaan pinjaman, bertanya beberapa soalan dan mengakhiri perbualan dengan “Puan tidak perlu ke cawangan atau menghubungi cawangan, ia akan diuruskan oleh pihak bank sendiri”. Loan disburse.
 (bahagian unit aduan)
(10.01a.m –   03-2000xxxx)
22 Jan 2015
Terima SMS dari   xxx28, memberitahu loan telah dibayar
xxx28
SMS-10.41a.m
Citernya sikit lebih kurang lah macam kronologi nih, yang ni sendiri karang, bahasa pun sendiri paham supaya senang nak tau progress(nak harap lawyer memang tak la sampai la tak dengar bunyi apa pun, call pun bagi alasan saya cuti seminggu..pfff) . Hasil kelembapan dan ke"somethingan" pihak-pihak berkenaan terpaksalah bayar penalty RM2+++. Tak bayar tak dapat kunci. Itu pun bulan 2 baru dapat kunci, pun kena tunggu sebab SPA lawyer tak dapat lagi surat apatah dari bank. Haihhhh....time nak mintak 1st payment kemain lagi, seminggu sebelum 1hb dah call bagi tau. Cisss. Ok be prepared for GST. Ni nak renovate rumah pun nak kejar GST. Padahal nak pasang grill je but still....Ok tu je kat bawah ni contoh lakaran rumahnya.

Ni gambo yang artist lukis

Ni view dari atas (artist impression yoyoooo je)  

Langkawi lagi dan lagi dan lagi...

Ada juga yang bertanyakan, kenapa Langkawi. Hmm..jawapan mudah, preference kita berbeza, ada orang yang suka Korea, asyik la pergi Korea, ada yang suka Cherating asyik la Cherating. Macam acik nih, sebab acik nak habiskan cuti tahunan dan acik mie susah nak cuti, makanya memang tak la ke luar negaranya kami nih. Lagi pun time-time GST dan ekonomi tak seberapa ni, berjalan sebenarnya adalah tak penting. Berjimat tu perlu.

Hihi, tapi acik ni beli tiket ikut rasa, rasa nak lari makanya dan kalau murah jom beli. Kali ni pergi acik mie dah pesan kita duk Cenang senang nak kemana-mana katanya.

So hari yang indah Khamis 2 April 2015, kami gerak ke Putrajaya Sentral Park and Ride. Banyak kali google nak cari tempat parking yang murah di KLIA2. Kalau dulu di LCCT ada juga lah murah nya parking walaupun jauh. KLIA2 ni jangan harap lah, kat sini ada penerangan lanjut rate kat sana. Kalau dah sehari RM46, 3hari banyak jugak tu. Maka option ni KIV dulu. Oh ye kenapa tak naik teksi? Dari rumah kami teksi biasanya RM75-90, pergi balik dekat RM200, itu je rasa macam tak berbaloi. Maka google punya google, jumpa 1 blog review (my bad tak ingat blognya) tentang parking di Park & Ride ni, ermm macam leceh sikit tapi apa salahnya cubakan.

Jadi disebabkan flight kami yang pukul 12 tu, maka kami keluar rumah pukul 9 pagi. Jalan pun Alhamdulillah tak jem dah. Dari rumah, kami ikut LDP, singgah Shell beli minyak, makan bagai (sambil bebel pasal GST) and komen tentang sedap puff Deli2go Shell tu.

Kami menghala ke Putrajaya, lalu Plaza Tol Sunway (hallo akak-akak and Ex-Boss), terus ke Plaza Tol Puchong Selatan, lepas bayar tol (RM1.60 untuk setiap tol LDP) terus ke Putrajaya. Agak-agak lepas segala exit Putrajaya dan Cyberjaya akan jumpa Putrajaya Sentral Park & Ride signboard. Belah kiri, hah masuk situ, pastu sila ke kiri. Masuk je kat sini macam keliru sikit simpang nya. Jalan depan sikit akan jumpa entrance parking.  Ada signboard tapi sebab kawasan macam isolated so a bit lain macam. Pastu amik tiket dan cari parking. Ratenya pagi RM2, petang RM2 full day RM4 lah kan (ada notis kat situ bermula 1 Mei 2015 harga akan jadi RM5 perday). Murah? Sangat uols, I like. Total parking 3 hari 2 malam RM10.00. Murah? Memang...penjimatan hebat sangat-sangat.

Macam mana nak ke KLIA/KLIA2? Lepas parking naik lif ke tingkat atas, jalan beberapa meter beli tiket dan naik lah KLIA Transit ianya adalah ERL tapi bukan express ke KLIA/KLIA2. Bayaran RM6.20/ person. ERL ni ada time dia boleh kat  tengok kat web depa na. Perjalanan ERL ni Salak Selatan- KLIA-KLIA2, macam jauh tapi lajuuuu. Total untuk 2 orang ampa kali sendirilah pastu ampa kali pergi balik ok.


ERL lalu kami ambil gambar

Sampai-sampai dah jam 11pagi, terus ke balai berlepas. Check-in semua bagai, lepak-lepak dengan pilot jam pun tunjuk pukul 12.45 barulah nak bergerak. Betapa lah AA ni kan. Around 2p.m kami sampai ke Tanah burung merah. Oh ye, time beli tiket ni AA ada promo, sempena apa ntahla. Tapi flight plus hotel RM5++. Penjimatan di situ.

Sampai kami sewa kereta kat booth pertama sebelum keluar dari balai ketibaan tu. Niat hati sebab bukan musim cuti makanya nak amik la kereta had besaq sikit, Myvi untuk dua orang memang bagus la ngam-ngam je. Total sewa 3 hari 2 malam RM140.00.

Kat sini kami lepak Cenang. Activities penting pergi mangrove jangan tanya kenapa penting. Acik Mie kata dia nak sangat tengok mangrove tu ada apa hahaha hadoi la. Okey so next time baru lah dapat ke Pulau Payar gamaknya.

Hari pertama kami pergi Museum 3D, kat mana? Sama area dengan cable car. Dalam tu? Bayar tiket RM30 (MY card holder) bukak kasut pastu ampa jalan la amik gambar dengan sepenuh jiwa raganya. Fefeling la angel ke, ambil gambo dengan panda ke, kena kejor denesor ke (mihmihmih).
Antaranya di 3D art..auchh
Balik tu kami ke kuah sambil shopping dan lepak, malamnya makan di ikan bakar Desa Permata. Murah dik non kat sini kerapu bakar size sederhana , sotong 4 ekor di goreng tepung, ulam-ulaman dengan sambal (free flow), nasi 3, air nescafe ais dan sirap RM50. Makan sampai buntal.

Ni makanan yang kami makan di Desa Permata
Esoknya breakfast nasi daging lauk kicap, roti canai 2, air nescafe 2 kat kedai depan Hotel Landscon RM7.50. Tengah hari pun makan kat sini mahal sikit dalam RM20. Oh ye lepas breakfast, kami tunggu van untuk ke jeti. Mangrove uols. Tiket mangrove RM45 perjalanan dari pukul 9 ke pukul 2. Memang sakan la menikmati alam sekitar.
Gua buaya..masuk guna bot ye dalam ni
Dalam perjalanan ke sangkar ikan
Kawanan helang
Nampak tak sapa dalam tu
Sampai hotel solat, mandi sebab dah berlengas bagai kan, so sambung la ke Kuah untuk shopping periuk pulak. Beli periuk, beli langsir untuk sliding door rumah bawah (hahaha cantik kat mata gue udah ler) janji tingkap tak boleng dan tak ketinggalan coklat (wajib katanya).

Kemudian balik, beli fast food, lepak tengok TV terus zzz. Esok nak balik dah. Bestnya kat sini fast food segalanya tak kena GST. Maka seronok lah jadi orang Langkawi hihi.

Time balik gerun sikit. Flight yang kami naik tu uiks terasa gegarannya. Oh ye hari yang sama juga kita dengar heli terhempas di Semenyih tu. Ermm mungkin juga keadaan cuaca. Time kami sampai tu cuaca okey lagi tapi bila tiba kat park and ride tu dalam pukul 4.30, hari dah gelap sangat. Sampai Puchong hujan turun selebatnya.
Ada gambar kepak je..jadilah
Balik KL mood cuti tak habis lagi. Nak fikir hal rumah pun macam malas hihi. Hal kerja apa tah lagi. Sebab mood terlebih, acik beli tiket ke Langkawi untuk tahun depan pulak ahahhaha...so Langkawi lagi lah ye. Acik Mie dah pesan, kali ni amik chalet yang betul-betul sebelah laut, hahaha. Ok, tu je citernya. Tak la best pun cuma saja tengah rajin nak menaip panjang berjela.

Monday, 20 April 2015

Pantai oh Pantai

Assalammualaikum...
Tema hari ni out of food topic ye, kita cerita tentang pantai.
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita Negara yang cantik dan menarik, dengan pantai-pantai yang memagari setiap bahagian timur dan barat Negara kita.
Indahnya ciptaan-Nya.
 
Allah ciptakan juga untuk kita hargai, renungi dan pelajari, muka bumi yang pelbagai.
Ada pantai yang airnya tenang, pantai yang airnya berselut, pantai yang jernih, juga bukit-bukau dan gunung-ganang, sesungguhnya ciptaan-Nya indah luas terbentang.
Seperti pantai, Allah juga ciptakan kita manusia dalam bentuk yang pelbagai ada yang gemuk, kurus, tinggi, rendah, gelap, cerah cuma terpulang pada kita umat-Nya untuk bersyukur dan mensyukuri atas apa yang Allah kurniakan.
Ok la nak share gambar laut je tapi merapu jauh-jauh.
 
Note: Susunan gambar tiada kena mengena dengan ranking, untuk gambar-gambar pantai di Sabah, cek kat sini.

Subhanallah..Indah ciptaan-Nya - Port Dickson
Pantai Damai, Santubong, Sarawak
Pantai Damai, Santubong, Sarawak
Teluk Nipah, Pangkor Island, Perak


Teluk Nipah, Pangkor Island, Perak



Pantai Cherating, Pahang

Cherating, Pahang

Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah
Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Langkawi
Pantai Remis, Jeram, Selangor

Bagan Pasir lagi...

Pergh pergi sana lagi? Hihi jalan-jalan sambil membeli-belah katanya. Kali ni pergi dapat tengok ikan naik. Walaupun bukan ikan besar tapi seronok jugak la plus kagum. Oh macam tu orang bawak naik ikan rupanya. Ketam hidup lagi masa ni tu yang tambah excited.
Masa ni belum ada GST (bulan Feb) lepas GST tak tau la harga terkini berapa. Masa ni tenggiri antara RM20 ke RM35, ketam antara RM13 ke RM20 bergantung pada size ketam, sotong RM20, kembung RM8, ikan sebelah RM20 lebih kot tak silap, senangin RM30 lebih camtu la semuanya dalam KG.
Oh macam mana nak pergi? Sila refer entry terdahulu. Seronok, kat sini macam-macam orang kita boleh jumpa. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Bagusnya dapat tengok cara hidup dan memahami orang lain kan (cuba memahami actually).
By the way, gambar ketam tu ana ambil dan whatsapp ke group family, sebabnya ana dapat semua ketam berkaler gitu cuma beza oren pudar, kuning atau pun oren terang. Takut nak makan, mana tau allergic tak pasal-pasal jadi lain.

Pak cik ni tengah kira harga ketam, tapi belum habis kira ketam pun habis hihi

Dalam tu udang belang-belang banyaknya, dalam bakul ikan belanak

Nilah rupa ketam dan ikan yang baru naik

Hoyeh...telur ketam rupanya


Kisah sepanjang 4 bulan pertama 2015

Panjangnya tajuk. Tangan gatai dah nak menaip tapi tulah kalau dah penat sangat macam-macam nak buat macam-macam nak settle macam-macam nak tulis. Macam-macam lah ko ni Ana hahaha.
 
Ana macam nak buat blog khas untuk tulis cerita pasai kehidupan harian tapi macam rajinlah sangat nak updatekan so tok sah mula aih. Sat gi tak pasai-pasai jadi tukun had buat perangkap sawang...rentikan. Uiks awat cheq speaking utara campuq siam campuq rojak 1Malaysia nih? Hahaha fefeeling baru balik Langkawi uolss. Nanti cheq free, kita sembang pasal citer gi jalan-jalan ok (macam tak pernah gi Langkawi kan..poyoo lebih hewhewhew).
 
Ok tajuk panjang tu tak lain tak bukan nak citerkan tentang masalah tuan punya badan yang malas. So kali ni nak tepek  beberapa gambo kek yang mungkin tak seberapa tapi Alhamdulillah customer puas hati. Ok, sebenarnya amat lah lega bila setiap kali ambil tempahan dan customer kata best, ok, puas hati ermm ada gak yang jenis silent tapi kalau depa datang order lagi maksudnya? Ok la tu kan hihi. Kita tak tau kadang-kadang kita buat nampak ok tapi pada mata orang alahai sendu...ataupun kita rasa sedap, boleh makan tapi pada orang alahai sarat, seret, sentap. Kan ke parah hahaha.
 
Ok...gambo-gambo nih ana tepek buat jamuan mata (sungguh gambo sendu, kamera henpon je..).

Super simple cup cake (choc moist)
 
Brownies Cheese
 
Choc moist (Theme: Korean)
 
Kek ni untuk anak Kintan

Ni pula tempahan door gift dalam kotak ni ada 2 benda kat bawah
 
Choc chip homemade dan
 
Gummy

Makan...makan..makanan

Bangkit..bangkit..hihi...agak sibuk tapi kehidupan masih ok. Hahaha banyaknya nak tulis tapi tulah dah bosan tengok computer so malas nak tulis hahaha. Jadi entry ni macam lebih kurang kasi panas enjin la so malas nak tulis pepanjang, bagi gambar kasik cuci mata hihi.

GST...GST...sana sini, kehidupan memang macam bengong sikit bila sebut benda ni so far kiri kanan depan belakang komen pasal GST and tak de yang kata "bagus" mostly tak setuju (include me in the list). Personally for me the implementation tak sesuai time ni dan ratenya juga terlalu tinggi. Rasa macam zaman dahulu kala plak ada bayar ufti dan bunga emas (hahah sejarah sangat). Tapi atas alasan pembangunan dan kemajuan maka bayar sajalah dan hidup perlu diteruskan. Jalan terbaik masak lah kat rumah, lebih afdhal.
 
Ok, mari redakan fikiran dengan tengok gambar makanan. Mana tau boleh dapat idea nak makan atau masak apa. So saje lah letak gambar kasi buang stress katanya. Layannnn.....



Nak buat butter prawn jadi udang goreng telur hahaha

Sayur campur Chinese style
Rendang kacang panjang dengan isi dalam ayam plus kaki..podeh-podeh berlomak memang authentic nismilan eah
Sandwich a.k.a pizza segera


Meat muffin a.k.a meat loaf mini with mashed potato

Mushroom Soup with pasta

Bawal sweet sour

The traffic light and banana shake from Dima, Oasis Ara Damansara

Mee udang (ganti spageti)

Khunafa from Dima, Oasis Ara Damansara

 
Note: Untuk resepi, apa kata kat ruang komen sapa-sapa teringin bagi tau nak resepi (yang ana masak lah ye yang beli kena Tanya kedai tu hihi) nanti ana share (amboi macam lah hebat sangat kan hahaha). Huwaaa kekangan masa uolsss.