Monday 28 April 2014

Puding Roti..steam bath style

Ana dah janji nak share resepi ni tapi sentiasa tak berkesempatan untuk menulis. Tapi rasanya banyak je resepi ni di internet, Encik Google kan ada hiks..
So ana mulakan dengan bahan-bahannya, Roti (5 Keping), Susu (1 cawan), telur (2biji), Vanilla (1 sudu besar), gula 1 cawan (ikut manis mana kita suka) gula ni ana bahagi 2.
Ok caranya pula, masuk roti yang dah di potong kecil (nak rendam dengan susu dulu pun boleh), susu, telur, vanilla dalam pengisar dan kisar halus. Setengah cawan gula lagi letak dalam Loyang acuan, panaskan atas dapur sehingga gula cair dan warna perang, tutp api letak tepi.
Panaskan ketuhar (160 celcius, 10minit lebih kurang), letakkan dulang pada bahagian bawah ketuhar. Tuang air panas agak-agak hampir penuh. Kemudian tuangkan adunan dalam pengisar ke dalam acuan yang bergula tadi. Bakar pada suhu 160 celsius selama 20 minit. *suhu ketuhar bergantung pada usia dan jenis ketuhar juga. Boleh juga kukus, masa kukus dalam tempoh 30 ke 40 minit.
Dah masak, keluarkan dari ketuhar, sejukkan sebentar kemudian terbalikkan dalam pinggan, tadaa dah jadi puding roti. Nak makan dengan sos custard atau madu pun sedap, yang ni ikut suka.

Bread Pudding steam bath style.. would be nice if we eat with honey or Custard Sauce

Psst...pizza di rumah katanyer

Haha..tajuk ala-ala gosip gitu. Padahal takde apa pun, nak mengabadikan resepi pizza dan gambarnya yang tak seberapa di sini. Mana tau next time rasa-rasa dah bosan dengan Domino's (which is never... I think) boleh la buat pizza di rumah hahaha. Buat dah lama nak tulis tu yang kena ada semangat. Almaklum lah orang kalau rajinnya bertempat memang macam ni.

Homemade pizza…mudah sebenarnya cuma itula rajin dengan tak je kita ni nak buat di rumah. Bahan-bahan pun mudah. Cuma kalau kesuntukkan masa order dari Dominos pun aci jer.

Untuk doh ana buat basic doh – tepung gandum 2 cawan, yis setengah paket, air 1 cawan, gula atau madu 1 sudu, minyak dalam 1 sudu, 1 sudu susu(tepung boleh full cream pun boleh), garam secukup rasa dan germa gandum (jagung yang dikisar halus juga bagus, Cuma ana tak letak, yang ni sekadar digunakan masa nak mencanai doh dan alas dalam dulang bakar, nama pun homemade yang mudah-mudah aje la ye).
Ok caranya, yis tu campur dengan air dan gula, biarkan yis bertindak. Satukan tepung, garam, susu kemudian buat lubang tengah-tengah, masukkan yis. Gaul hingga menjadi doh, agak-agak kurang air tambah sedikit demi sedikit.  Kemudian sapu minyak dalam bekas tempat doh, letak doh, biarkan sehingga naik gebu menggebu. Agak-agak dah 30 minit cer try test, tumbuk-tumbuk skit uli-uli skit.

Pastu bahagikan kepada 2 atau ikut nak besar mana, canai ikut nipis mana yang diperlukan. Letak filing ikut suka. Antara filing paling mudah, sos prego, sapu atas pizza, tabur cheese yang diparut, letak daging ke sosej ke mushroom ke dan tabur semula cheese parut tu. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 160 celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak. Yezza dah dapat pizza.
Jadi ini adalah pizza sebelum dibakar.


Kejadian seterusnya adalah seperti ni...


P/S: Tapi sebenarnya yang atas tu bersos tomato yang bawah ni guna bechamel sauce. Semua ni adalah rekaan dan try and error ana. So memang ada la silap-silap di banyak tempat, jadi kesilapan tak perlu dikesali sebabnya kalau menyesal bila buat salah, kita tak akan dapat belajar benda yang betul sampai bila-bila. Cuma ambillah iktibar dari kesilapan tersebut dan cuba untuk perbaiki, jadinya ana confess kat sini yang dough pizza is a bit keras bila sejuk. Jadinya sila la makan panas-panas..hiks...sebenarnya ana rasa, ana kurang uli tepung (sebab leka tengok drama) dan ana bakar dengan kaedah yang tak betul. Tapi takpe ana akan buat post mortem...lagi dan try sehingga jadi...so anything, I will update...cuma masa tu bila hehehe tak pasti.

Thursday 10 April 2014

Kembali

Salam semua. Lama ana biarkan tempat ni berhabuk bersawang. Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan tapi almaklum kerja dan rutin harian menuntut lebih tumpuan dan masa. 

Nak berkongsi cerita ke Langkawi pun tak sempat. Nak tempel-tempel gambar apatah lagi. Broadband yang ada ni pun bayar setiap bulan tapi guna amat la kurang dan jarang-jarang, maka adalah lebih baik ditutup dan tumpuan pada handphone saja la lepas ni, mungkin itu lebih baik hihi. 

Oh ye sepanjang beberapa bulan banyak sangat benda-benda yang ana tau akan jadi tapi tak la rancang secepat itu terjadinya tapi terjadi jugak. Tak faham? Tak pe slow-slow digest ye. 

Sepanjang beberapa bulan tak bersiaran ni juga ada beberapa perkhabaran yang berbagai, seronok, sedih, bosan, menyampah dan ntah apa-apa. Oh ye, study ana pun dah habis, semua paper completed, dapat MAICSA punya associateship bulan 5 ni InsyaAllah, akan ada perkhabaran baik yang dah lama ana nanti sepanjang kerjaya ana ni, tapi semua itukan rahsia Allah. Itu bab kerja, bab lain sama takde berubah apa-apa.

Dunia baking pula, ermm...agak slow. Mungkin masalah jerebu yang agak teruk di Lembah Klang (selsema dan batuk teruk), catuan air (wal hal fasa 3/4 - yang mula 1 April tu kot baru terjebak..sebelum tu ada je) dan kehilangan MH370 (bagitau sebenarnya malas, macam la ana terlibatkan dalam SAR tu) adalah penyebab kurangnya operasi memasak dan membakar. Tapi kalau dah namanya tukang masak dan adanya tukang makan maka ada juga la sebenarnya berlaku kebakaran bahan-bahan edible di rumah ni. So ana malas nak merapu (sebenarnya dah beku idea, banyak sangat nak tulis tapi tak tau nak start tang mana dulu) jadi ana tempel gambar-gambar yang tak sempat tempel dari bulan 1, 2 dan 3. Bulan 4 belum buat lagi, sebab dah kena catu air hahaha.

Ok, tak mau merepek, ana nak tampal gambar, nak sambung baca novel dan kemudian nak titon, esok keje. Assalammualaikum semua....semoga jumpa lagi. 


Lemon poppy seed butter cuppies


Carrot cake with cream cheese