Monday 16 December 2013

Cakes for Rayyans

Salam semua, setelah sekian lama tiba-tiba ana munculkan diri. Almaklum la kesibukan, jadi masa juga terbatas, ada juga gambar kek yang tak sempat diambil. Terus terang bulan lepas langsung tak sempat nak jenguk ke blog.

Kali ni tempahan dari kawan-kawan sekeliling yang kebetulan nama anak mereka sama jadi tajuk entri ni sesuai sangat 'cakes for Rayyans'.

K.Min order kek padang bola tu untuk Rayyan yang cute dan macho, sempena birthday dia yang ke 6 tahun. Kek Red velvet bersalut cream cheese. Yeap rumput juga perasa keju.









Ok, Kek seterusnya juga untuk Rayyan, tapi kali ni Rayyan yang umurnya 5 tahun, terima kasih Rayyan comel, geramnya dengan dia. Kek Russian black and white cover with cream cheese and ganache. Kek jenis yang sama juga telah di tempah oleh En. Zainal, katanya untuk hari lahir nya sendiri, hehe terima kasih En. Zainal.






The Love is Infinity

Red Velvet cake ordered by Kak Min for her the other half, thanks a lot K.min for the order.
For the love one, love is always infinity.

~xoxo~