Friday 23 August 2013

Salam Syawal...Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya...entry kali ni ana 'is out of menu' hiks..today I want to pantun-pantun raya edition...wah special.

Alhamdulillah...rezeki dari-Nya yang tak pernah putus dan dengan harapan akan bertambah lebih pada masa akan datang. Cuma kali ni tak mau tepek gambar makanan, tak nak share pasal makanan (hahaha tu ayat je hakikatnya...). Entry kali ni adalah lebih pada luahan perasaan. Perasaan beraya, bergambar time raya, bersuka-suka masa raya dan apa-apa jela yang rasanya layak ditulis di sini.

Sesi berpantun

Pucuk kecubung di makan jangan,
Nanti sakit tak terubat badan,
Ayuh yang jauh kita dekatkan,
Agar lebih kuat ikatan persaudaraan.

Sungguh indah bunga di taman,
Dipetik Nyonya buat hiasan,
Bulan kemaafan bulan keampunan,
Moga yang terguris boleh diperbetulkan.

Pucuk pauh buah bidara,
Manakan sama durian berduri,
Berkumpul semua sanak saudara,
Tambah meriah dan bererti di Aidilfitri.

Atuk dan uwan leka bercerita, 
Buat pendengaran cucu kesayangan,
Maaf bermaafan sesama kita,
Salah dan silap harap diampunkan.

Nangka diberi si anak cina,
Buat gulai berkuah kari,
Beraya biarlah bersederhana,
Agar tak membazir di kemudian hari.

Padi sekepuk di makan kuda,
Kuda terbiar tidak bertali,
Makan biarla berpada-pada,
Perut sihat senang hati.

and now sesi nak cerita plak...sebelum tu  layan gambar (hahaha...klu dh namanya raya gambar makanan wajib)
Rendang Ayam Telur

Lomang a.k.a Lemang

Pokok Durian



nak review sikit pasal Proton Suprima S...

1st masuk showroom - TTDI - jumpa dengan sales person nama dia Vishnu, En. Mie gi try duduk dalam tu, me? leka kot tengok bunga-bunga yang banyak and cantik..O.o...Kereta ni?ermm macam Preve je lebih kurang. 

So soalan pertama -  kenapa tak letak je Preve S..pergh mesti cun, ala-ala macam Vios sportivo kan glamer nama tu kihkihkih kesian penat orang Proton cari nama...Belakangnya je lain skit. Bonet besar..bak kata orang kampung den "bulih masuk sekor lombu" hihihi... dalamnya of course ler nampak cantik, dah untuk test drive and show room dia bagi yang full spec, yang cantik. 

Ada dua type executive ~murah sikit dalam 3k-4k, seat biasa je, pastu mirror dia lipat manual, start button takde so guna kunci, ermmm spec lain malas nak taip...sila berkunjung ke showroom dan minta brochure ye. Type 1 lagi ni premium ~mahal sikit dari executive, seat leather, side mirror auto fold, guna stop/start button, Parking sensor depan belakang (kalau executive belakang je) yang lain-lain sila baca la ye. Harga 76,000-79,000 plus-plus. Monthly kalau dengan 10% down payment, interest 2.9%---7 tahun instalment dalam RM1,100...dan kalau untuk 9 tahun agak-agak kiraan dalam 900 plus. Enjinnya turbo (yang buat En Mie tidak berganjak dari tadi) tapi turbo yang biasa je bukan yang untuk racing kaw-kaw tu hihi. Kata sales person ni lagi RPM 2 turbo tu dah on dah (ntah la I pun pasti bab-bab turbo nih). 

Minyak full tank boleh tahan sehingga 300km jika drive pada kelajuan 90km/jam. Overall...kereta ni cun, tambah bila kat belakang tu ada tulis Lotus (handling). Harga ermm...boleh la. Macam Subaru pun ada, nak pula yang color Atlantis blue. Ada 5 varian warna, so pilih la mana yang berkenan ye, apa pun ikut kata sales person ni next month akan keluar color baru and the color is "Lilac"..target market pompuan. Seswei sangat...kalau family 5 orang memang ngam sangat...air bag 6, depan 4 kalau tak silap lepas tu ada 2 lagi kat kiri kanan kereta (masuk kereta boleh nampak button Airbag bulat tu).

 Nak trade-in kereta lama boleh juga, tiada masalah, nampak gaya En. Mie berminat bila dia asyik tanya kita punyer kereta dah nak habis bayarkan hutang lain-lain pun dah takde dah kan?huwahuwahuwa....sabo jela...oh ya pada yang berminat sila la ke showroom terdekat.

Oh ye kalau nak beli Preve boleh dapat diskaun yang terbaik sila-sila la roger "saya" yeap "saya" sebab anda akan dapat diskaun terbaik dari kawan-kawan saya (now baru tau ramai kawan kerja proton). Tapi Suprima S belum berdiskaun lagi (sila tunggu tahun depan hehehe...). Okey now nak cerita hal lain pula. Gambar? Google je banyak....tak pun tunggu lagi beberapa minggu sure berlambak on the road.

~Al-fatihah dan Takziah pada keluarga mangsa nahas Genting Highlands~
~Doakan untuk sedara-mara kita dia Mesir dan Syria serta umat Islam seluruhnya~