Saturday 9 March 2013

Cream Crackers with Cheese

Berkongsi resepi tak salah malah lebih meriah hehehe...kali ni nak share resepi nama seperti di atas. Senang, mudah dan tak perlu guna api.

Bahan:

250g Cream Cheese
125g Butter
Sepeket biskut cream cracker
2 cawan susu segar
5 sudu kopi segera/Nescafe
1/2 cawan Gula Icing
1 cawan Susu pekat manis
Sedikit Nestum/Cornflakes
Sedikit Milo/Serbuk koko

Cara:

Pukul keju dan butter sehingga sebati. Masukkan gula icing dan sebatikan. Kalau pekat sangat letak susu sikit, sehingga adunan boleh dilepa.
Susu dicampur dengan kopi, rendam cracker dalam susu ni tapi jangan sampai lembik.
Susun biskut dalam bekas/loyang. Lapiskan cream cheese, tabur serbuk koko/milo dan corn flakes dan lapiskan dengan susu pekat manis.
Lapis sehingga habis.
Topping dengan cream cheese dan tabur serbuk koko dan corn flakes untuk hiasan.
 Walla...siap...masuk fridge biarkan dalam 2 jam gitu.
Pastu get ready untuk mamam..yummmyyy.






 



Kisah Ketam

Wah... sekian lama tak meluah di sini atas alasan "Tiada yang menarik untuk dikongsi". Sebenarnya yang ini benar juga dan sesuatu tentang masa pun iya juga. Ironinya 24 jam yang kita ada sentiasa takkan jadi 28 atau 40 jam untuk memenuhi kehendak kita sebagai 'human being', maka alasan ketidak cukupan masa itu adalah biasa. Wah..(lagi) merapu, merapik dan merepek la pula, terus ke punca 'or in english straight to the point' entry kali ni nak share tentang resepi KETAM.

Siapa agak-agak tak pernah makan ketam? Atau pun jarang makan ketam? Sila-sila angkat tangan (oh saya...saya...angkat sambil lompat-lompat). Sepanjang kehidupan lebih suku abad ni rasanya baru 5-6 kali makan ketam...sebab? Susahla nak makan, dulu time kecik mak masak tapi anak-anak yang tak reti makan ni..memang tak reti makan, agaknya mak pun risau kita orang tak makan dengan cukup kalau berlaukkan ketam. So sejak tu ketam tak pernah naik ke rumah walau dalam apa jua cara (jalan senget, jalan lurus atau jalan berlari hahaha). Cuma kakak kedua la yang paling rajin berketam-ketam ni, seingat Ana, dia beli dan goreng berempah dan seperti biasa adik-adik yang tak reti makan ni sekali lagi tak reti makan huhuhu. Time berdating dulu pernah juga sekali makan ketam dan masih lagi cerita yang sama, tak reti makan ketam. Cumanya bernasib baik kerana Encik Mie sangat rajin untuk kopekkan ketam kalau tidak....

Itu kisah ketam, ntah kenapa bila hari-hari lalu depan gerai jual ketam kat tepi jalan Sg Buloh ni keinginan makan ketam tu terlebih pula. Apalagi, singgah Tesco beli dan bawa balik. Dan seperti biasala dah semua tak reti jadi nak membersihkan ketam pun tak reti la jugak kan. Panggil Encik Mie dia siap gelakkan, ceh..ingat gelak sebab tau rupanya dia pun tak tau. Maka terpaksala guna kan hikmat ingat-ingat lupa, ingat cara macam mana kakak kedua bersihkan ketam untuk ketam berempahnya. Nasib la ketam ni endingnya masih seperti ketam huhu...ok lupakan la citer panjang lagi merepek ni yang ni resepi ketam pedas dengan telur masin hasil melawat ke blog-blog antaranya blog kak Ita ~ masam manis serta beberapa lagi yang tak ingat (google yang tolong). Apa pun resepi ni sangat derhaka dan sesimple yang mungkin. Sapa nak sila tiru, tak sedap jangan marah hahaha..



2 ekor ketam (ana beli se-kicik se-besar, bersihkan buang apa yang sepatutnya)
7 biji cili api (nak pedas tambah lagi)- tumbuk
1 biji bawang besar- tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji telur masin (rebus dan lecek siap-siap)
garam (kalau perlu la)
daun kari ( takde pun takpe)
minyak untuk menumis
susu sejat (maap ler tak letak hehee)

Kunyit garam kan ketam dan goreng sampai masak
Tumis bahan tumbuk tadi, masuk kan telur masin lecek
Biar sebati letak garam kalau tak cukup rasa (time ni boleh ler letak susu dan daun kari)
Masuk Ketam, sebatikan angkat dan hidang, panas-panas

konfom makan tak tengok kiri kanan dah hehehe...sekian





Terima Kasih

Alhamdulillah...rezeki dari Allah. Betullah kata-kata hikmah yang kita selalu dengar tu, kesabaran akan membuahkan hasil dan sabar itu hasilnya manis. Kata bos pula, bagus prepare for future, manala tau sekarang pun ekonomi kat office ni so-so aje. Apakah yang kami bincangkan? Perkara biasa, tentang masa depan, tentang life dan gosip. Haha..sabor je ana ni, sebenarnya ofis saya agak relax sekarang, sedang prepare untuk annual report 2012 dan juga sedang buat annual return untuk semua company sambil-sambil tu kami bergosip. Dapat bos sempoi seronok la kerja...hmmm kali ni nak share gambar je takdela apa sangat pun. Gambar-gambar tempahan sepanjang minggu lepas.














p/s: Officemate bagi tau, berhati-hati pada semua yang memandu kereta, malam tadi kereta kawannya telah dilanggar dari belakang dan di hadapan ada 1 kereta yang juga 'terkena' kesan pelanggaran tadi. Dia keluar dari kereta, tengok orang yang melanggar tu mukanya ditutup dan dia rasa lain macam so apa lagi dia pun nak masuk semula ke kereta tapi tengok-tengok kereta dia dan yang 'terkena' tadi telah lesap. Dia pusing kebelakang, pemandu yang tutup muka tadi pun dah lesap. Sangat licik mereka ni. Officemate ni teman kawannya buat report sampai ke pukul 2 pagi dan hari ni masih tiada apa lagi berita tentang kereta kawannya tu. Kereta lesap adalah jenis Toyota Camry, pelakunya 4 lelaki berbangsa India, tukang langgar akan keluar dengan menutup muka tapi yang lain i.e. yang terkena tidak tutup jadi boleh nampak. Polis pesan lain kali kalau kena jangan keluar, ambil nombor flat dan pandu ke balai berhampiran. Untuk makluman kes terjadi di flyover antara tol Damansara dan Kayu Ara (Bandar Utama arah ke Tropicana), balai polis tak sampai pun 500 meter dari tempat kejadian.

Friday 8 March 2013

Happy Women's Day

Yuhuuu...Wishes women all over the world a Happy Women's Day. To all men out there..peace no war hihi...

Talking about women, majority of my family members are women, my mum, sisters, niece, aunties, cousin..bla..bla..and me.

I come from a family that govern by 'adat', which in Malay we called it as "Adat Perpatih". You may google and Mr. Google will give an anwer as follow:

"Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau." qoute-wikipedia -http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_Perpatih

and it is base on the these principle:-


Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

All the principle is more to women but not disregard the men too.



flower for all


P/S: Am writing about the "Adat" because when I get married, one of my friend said I will control and take over all my husband assets because "orang Negeri Sembilan kan memang gitu". Aiyoo..nampak sangat tak baca sejarah. That's why am put in the principle up there, with a hope that my friend will read this. Am not angry because this is not the 1st time am facing this question. So guy out there "jangan takut nak kawin dengan wanita dari Negeri Sembilan ya, harmless hihihi"