Satu lagi entry lama terperuk dalam draft, alkisahnya...
Selamat Pagi semua...pagi-pagi ni hati tersapa kenangan lama (hehe...) teringat office lama dan kawan-kawan lama. Semuanya kerana pavlova. Dulu masa masih berkerja di Kota Damansara, pavlova single pack ni sangat la glamer, setiap minggu ana akan buat sekurangnya 5-6 pek. Ana juga digelar 'Ana Pavlova' wehuuuu...dun compius with the original 'Anna Pavlova' ok.
Selamat Pagi semua...pagi-pagi ni hati tersapa kenangan lama (hehe...) teringat office lama dan kawan-kawan lama. Semuanya kerana pavlova. Dulu masa masih berkerja di Kota Damansara, pavlova single pack ni sangat la glamer, setiap minggu ana akan buat sekurangnya 5-6 pek. Ana juga digelar 'Ana Pavlova' wehuuuu...dun compius with the original 'Anna Pavlova' ok.
My ex-boss dan ada sorang manager ni sangat la kelakar. Selalu sangat sebut pavlova ni dengan berbagai nama antaranya pavola, palovi, prabola, paloma dan kadang-kadang ntah apa nama pelik lagi yang keluar haha.
Sekarang ni, sejak kerja di Shah Alam, segalanya sangat berbeza. Ana lebih suka tengok orang dan kurang bercerita tentang baking world. Almaklum kat sini orangnya ramai dan sebagai orang baru ana harus tahu takah dan tahap ke'ramah'an yang ana perlu tunjukkan. Hihi...bajet sangat.
Order? Alhamdulillah masih lagi berasap oven ku (ceh pepatah apatah). Yeap berjalan seperti biasa...Alhamdulillah. Merepek panjang lebar, yang sebenarnya ana nak share gambar aje pun. Ni antara order yang sempat ana snap gambarnya. Gambar biasa-biasa, ambil guna hand phone dan camera biasa, lepas tu kalau rajin banyak ana letak frame dan watermark. If rajin sikit, ana resize supaya senang upload dan itu je. Punyer la parah. Tapi bagi ana, itu gambar ana yang ana usaha sendiri untuk buat, ambil dan tampal kat sini. Walaupun tak cantik dan tak segah profesional tapi ana bangga dengan usaha ana tu. Maka tiadalah istilah copy paste harta orang pastu mengaku hak sendiri. Kalau setakat nak wat camtu ana tak perlu la bazir-bazir air dan sabun nak basuh dapur selepas masak ye tak? Tapi tunggu la orang kutuk hasil copy dan paste kita tu. Lagi pun itukan harta orang, hukumnya berdosa sama seperti mencuri. Dulu bila time belajar tentang Intellectual Property (IP) kita orang ni macam gayat sungguh. Yelah orang kita ni ramai yang berbakat tapi tak tau dan mungkin belum betul-betul terdedah tentang IP ni. Memang untuk registration IP ni bagi kosnya sangat la mahal tapi berbaloi. Cuma undang-undang kita mungkin kena lebih di upgrade la kot.
Oh melalut ke IP pulak. Ana sebenarnya baca kisah colek mencolek dan curik mencurik ni kat blog kak ita. Biasalah bila bosan ke tak bosan pun ana akan melawat blog favorite ana tu. Percaya tak kalau ana kata yang setiap kali PC ana di reformat atau setiap kali ana pindah tempat kerja sekali pun blog kak ita ni ada dalam senarai blog wajib 'favorite' hahaha. Kesian kak ita, memang gambar-gambarnya cantik dan terus terang cakap, so far resepi dari blog kak ita tak mengecewakan. Buat konpom jadik. Ada dua tiga resepi kak ita yang ana dah try dah ulas dalam blog ni. Lepas tu tak lupa la ana creditkan ke blog dia semula. Kalau malas ana letak je hyperlink macam ana buat ni. Sila Klik. Ok kat sini boleh baca citer kak ita, siap publish buku tu. Tak rasa bersalah ke? Adoi la, ni kalau dulu zaman study orang kata ni plagiat (terutamanya student yang buat project dan report...google, copy, paste dan edit hukhukhuk)...dulu kan lecturer kita orang siap buat sumpahan ala-ala malim deman... siapa copy paste dia sumpah orang tu jadi mesin photostat hahaha. Cool la Puan Jijah.