Saturday, 21 September 2013

Selamat Bertunang Hanis..

Wah tajuk..tunangnya 31 August lepas. Dia call tanyakan pasal cupcake untuk hantaran tunang, katanya, idea adalah bebas...so as long as nampak cun dan menarik jadi ana buat la. Rasanya red velvet sangat menarik, sesuai dengan tema-tema romantica d'amour gitu...letak skit kaler biru, purple dan pink bagi naik seri...so kat bawah ni gambar yang sempat ana snap. Kadang-kadang bila buat tempahan ada juga yang tak sempat nak di fotokan. Maklum la berlari berkejaran dengan masa.

Pada Hanis, selamat bertunang, maaf la mana terkurang dengan cupcake ni ye. K.ana sedang berkejaran nak prepare untuk open house masa tu hihihi (ermm...punyer la hebat sampai tak tido semata-mata masak untuk open house dengan isu airnya lagi...)

Pada siapa-siapa yang nak order, ianya sentiasa terbuka, cuma anda perlu beritahu awal, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum (ni bagi simple cake ye contohnya kek coklat dengan ganache or buttercream dan hiasan pun simple, kalau nak edible image ke, kek kawin bertingkek-tingkek ke harap maklum la ye, jangan la 3 hari sebelum majlis baru nak roger, tak da jawapnya adik-adik dan akak-akak ye...2minggu tu ok sangat dah...sebulan lagi bagus tambahan lagi bagi kek yang perlu figurine lagi la jangan last minutes.)

Ok la, tunggu ana upload lagi gambar-gambar cuppies ni...





BEN-10 untuk Ammar

Kali ni order dari Kak Hani Haizan dari Kerinchi, ambil order ni pun depan Angkasapuri. Order untuk anaknya Ammar Haizan sempena birthday yang ke 4. Ammar ni cute sangat, siap nak ikut kakak ni balik haha...bila dia tengok Ben-10 tu suka betul, Alhamdulillah...harap-harap Ammar cepat sembuh, baru je semalam Ammar discharge dari hospital kata Kak Hani.

Katanya dia nak chocolate moist cake buttercream putih dan pink, tampal gambar BEN-10 dan deco ikut suka, janji cun...sempoi la Kak Hani. Pastu dia pun tanya boleh la selalu order, boleh je kak...bila ana free boleh sangat...tapi kalau tengah busy tu insya Allah, ana akan cuba sedaya upaya. Mana-mana terkurang ana minta maaf ye...

Ana ni, Sabtu memang payah nak kemana-mana, kadang-kadang Ahad pun sama, biasala orang tua gi belajar semula memang sangat memberangsangkan hahaha.

Ok, gambar dari beberapa side of the cake...titu...

Top view

from side

Thursday, 19 September 2013

Puding Roti Kurang Manis Satuuu...

Alhamdulillah...ada kesempatan nak update blog. Sibuk tu tak la tapi ntah kenapa, time ada idea blogspot tak nak support (asyik hang...ip tak recognize katanya...), time takde idea memang tak tengok langsung la blog ni. Ok, kali ni nak share tentang puding roti pula. Lama dah try resepi ni cuma payahnya nak upload.

Nampak sedap....ermm memang sedap pun. Resepinya ambil dari web rasa.karangkraf.com dan rasa pula ambil dari blog seperti yang dicreditkan di bawah. Ana pula merepekkan resepi menggunakan bahan yang ada dan sesedap rasa (rumah ni kalau manis-manis memang tak bersentuh la makanan tu). Rasanya sama je mana-mana resepi pun cuba google ada banyak yang dah tulis tentang ni, senangkan pastu jangan buat manis-manis  sangat, sedang-sedang je, baru la sedap makan menambah (hehe pengalaman kat rumah sendiri ni).





BAHAN-BAHAN:

  • 15 keping roti
  • * 2 cawan full cream milk (low fat pun boleh) ana guna Dutch Lady tu
  • * 3 sudu besar gula halus (nak manis tambah lagi)
  • * 2 biji telur
  • * sedikit esen vanilla (yang ni ikut suka)
  • * serbuk cinnamon (tapi kat rumah takde so letak nutmeg powder...sodap gak, agak-agak la letak jangan over ye)
  • 2 sudu besar butter (cairkan)
  • kismis dan aprikot untuk dalam roti, peaches sebagai hiasan

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu sejat
  • 1/4 tin air (guna tin susu sejat tu)
  • 2 sudu besar tepung kastad (kalau banyak tepung sos jadi ketat, so tambah air lagi hihihi)
  • 2 sudu besar gula

CARA-CARA:

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis, aprikot dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
  6. Time nak makan curahkan sos susun peach dan ngap...makan dengan aiskrim pun ok juga...ikut suka la 'sky is the limit' ehehehe..