Thursday 27 September 2012

Persiapan Kahwin part 2

Aiyoo...lama tak ter'update' blog ntah apa-apa nih. Apa pun bersiaran lagi, kali ni seperti dijanjikan sambung part borang perempuan plak.

Borang Perempuan ~ ambil kat mana-mana pejabat kadi terdekat ( Negeri Sembilan), isi borang, mine kena isi borang mastautin jugak. Kena minta wali isi and sign borang wali(coz my Brother will be my wali) oh ya sertakan juga IC wali dan surat lahir wali.

Dokumen ~ Antara dokumen yang diperlukan (ada checklist yang perlu kita tanda bila nak submit borang), IC pengantin, borang dari pihak lelaki, gambar both pengantins, borang medical check up a.k.a HIV test, sijil nikah ibu bapa (dalam checklist untuk anak sulung aje, tapi bagi ajelah senang keje semua pihak), surat akuan bujang dari syarikat, borang mastautin (bagi yang  luar dari negeri tersebut) kesemua dokumen dalam senarai pejabat agama tu kena buat salinan, ada yang minta 3 ada juga 5 salinan. Bagi pengantin pompuan bayaran adalah RM5, kalau lelaki kena bayar RM10. Rasanya semua negeri sama kot bayaran ni (tak tau coz tak sempat nak tanya kawan2).

Procedure~ isi dan lengkapkan apa saja yang dikehendaki dalam checklist tersebut, hantar ke mana2 pejabat agama terdekat, bayar RM5 then balik rumah. 3 or 4 hari kemudian orang pejabat tu akan call untuk ambil borang. Lepas tu serahkan borang tersebut pada jurunikah anda...settle...tunggu je masa dan tarikh nikahnya...

Okla harap boleh membantu. Mana yang terkurang tu biasala, saya manusia biasa. Cliche sungguh. Selamat Menempuhi alam rumah tangga pada bakal-bakal pengantins yang baca entry tak seberapa ni.

Wednesday 5 September 2012

Persiapan Kahwin ~ Part 1

Selamat Semua...bersiaran lagi, kali ni dalam keadaan yang tak stabil (ecececeh). Topik ni cam citer wayang plak, epik gitu heheh. Sejak lepas raya dan selepas kad diedarkan ramai pulak yang makin prihatin. Normally bos dengan manager sorang ni je yang dok menghapdate. Kali ni siap ada volunteer jadi advisor, tapi tula menasihatnya ada tapi mengatanya lebih..oh no no no. BTW terima kasih pada yang sudi ambil berat. Kata diaorg di ofis ni, seri pengantin terpancar-pancar uppss...Alhamdulillah semua kurnia dari-Nya. Macam-macam la lagi, darah manis la, diet la apa la...dah bagitau tadikan ramai yang 'duly appointed as advisor' kihkihkih.

31 Ogos u'oll pergi mana? Ana? Pergi Jengka 10, saja gi rumah Puan Siti, awal sehari, esoknya saya ni kena balik ke kampung, mengemas dan membersih...spring cleaning gitu. Best tau kengkawan..tol suma ada diskaun, Litrak siap bagi free lagi.

Ada juga yang tanya persiapan kawin. Hmmm...actually pada yang baru dapat kad tu mungkin tak tau yang cik ana ni dah boleh kawin dah sebenarnya (ceh berlagak). Yela sebenarnya semua dah siap (Alhamdulillah..terima kasih pada yang sudi membantu dan banyak membantu). Kadang-kadang pelik jugak, kad dah edar, majlis dah dekat tak kan la tak buat apa lagi kan (ooo jangan riak ye ANA). Sebenarnya entry ni bukan untuk bermegah cuma maybe boleh di baca nanti-nanti atau pun dijadikan rujukan pada diri sendiri atau pada yang sudi. Pelik bila ada yang tanya, kursus kawin dah pergi belum? Hahaha nak gelak pun ada (tak baik la ana ni..orang ikhlas tanya)..bukan apa, kadang-kadang cara orang yang bertanya tu macam tak yakin, macam nak mengata, macam nak memperlekehkan orang pun ada. Bak kata sorang 'human being' ni and sepupu ana, "betul ke ko nak kawin? Macam tak percaya je". Nape ahkak? Semua tu kan kerja tuhan kerja Allah.  Setiap manusia tu dah ditentukan jodoh, ajal dan rezekinya. Maka percayala apa yang telah dijanjikan-Nya.

Ok citer pasal topik la.
Kursus Kahwin ~ Ok la buat makluman, kursus dah pergi (masjid At-Taqwa di TTDI Kuala Lumpur dari rumah kitaorg 10 minit je, jumpa dengan Kak Ana {nama kebetulan sama}) register aje nama on the spot pun takpe, tapi kalau bagitau awal tu kan lebih baik. Senang Kak Ana nak booking caterer hehe. Nanti time kursus akan ada lebih lanjut nasihat dan penerangan. Nampak susah tapi kena dengan caranya semua tu mudah aje, InsyaAllah. Kelas sehari setengah aje, Sabtu start jam 2 ptg hingga ke pukul 6 lebih kurang, Ahad plak dari pukul 8 pagi ke pukul 7ptg. K.Ana ni ada buat kelas di banyak tempat, Putrajaya, TTDI, KL ermmm ada web tapi tak ingat link (google aje). BTW, takde expiry date pergi tahun ni nak kawin lagi 5-6 tahun pun takpe. Kalau sijil hilang bagitau Kak Ana then buat payment, nanti dapat la replacement (base on briefing ari tu la). ~ nape kadi johol cop tidak boleh digunakan lagi ye?ermm hahaha...kawin skali je..cukup..amin..

HIV test ~  Klinik Kesihatan Kerajaan berdekatan (kitaorang buat di Kelana Jaya), Encik Mie tolong booking, sekejap je takdela sampai sebulan date appointmentnya. Tapi ramai je yang gi main redah hehehe tak pasti kalau encik MA tu gurau aje. Kat sana ambil nombor. Cucuk ujung jari skit (part yang ngeri, klu derma darah tu part ni la paling sakit, berhari-hari sakitnya tapi tempat derma tu ok je amik darah banyak pun takpe hikhikhik), amik darah then tunggu dalam 30 minit. Tapi sebab orang agak ramai 2jam jugak duk sana. Dapat salinan biru boleh balik. Ni kena simpan untuk attach masa application kawin nanti. (Note: Kecuali Negeri Kelantan kalau tak silap kena g buat kat sana, K.Ana pun ada highlight pasal ni)

Borang Nikah ~ Negeri Selangor boleh download dari internet, tapi Negeri Sembilan (macam acik ni) tak boleh ye dik non, sila ke pejabat kadi daerah terdekat, borangnya berlapis-lapis, ala free aje boleh mintak tolong sesapa yang anda kenal hihi..tq to Adi..adik ipar. Encik Mie kan mastautin di Selangor so dia buat borang mastautindan sewaktu dengannya di Selangor. Borang mastautin ni kena isi bagi orang yang bukan asal dari negeri yang anda nak hantar borang tu, cth: asal/IC Pahang hantar borang di Selangor.  Banyak jugak orang nak kena jumpa, time ni la kenal siapa imam, ketua kampung, penghulu, penggawa, tok sidang dan sebagainya hihihi. Banyak jugak attachment untuk borang-borang ni. Kalau tak silap ada senarai semak, so boleh check (mana tau ada perubahan) yang pasti IC pengantin L+P, IC saksi (bagi pengantin lelaki wajib bawak 2 orang ye), borang nikah siap isi, sign by Imam, borang mastautin siap sign by yang berkenaan, duit RM10, surat akuan bujang (lelaki) ermmm...ada lagi tu kena semak senarai, boleh tau jugak berapa keping diaorang minta. Pergi pejabatnya kat Shah Alam, kejap je siap. Borang perempuan plak kita sambung next entry ye oh ye yang procedure panjang lebar ni untuk lelaki, ini terjadi kerana pengantin pompuan tak nak isi form Selangor hehehe saje suka-suka... panjang lagi nantikan next episode :)

Mood menulis dah mai

Alia's Birthday

Entry yang dah terperuk lama. Busy tak sempat nak upload. Ni kiranya sambut birthday together2 takkan nak celebrate sesorangkan. Cam sedih la plak, sebatang karanya. Date Hari Jadi si Alia sama dengan ana, so sonang la acik kan. Jumaat 24 Ogos balik je opis, singgah Cake Sense TTDI then terus pergi Wangsa Maju. Orang raya lagi so jalan tak jem wuhuuu...pas makan-makan kek yang sedap ni (heheheh tukang komplen kata sedap betul la tu kot kan) terus balik rumah sendiri. Lepak tangok TV sambil packing doorgift untuk kanak-kanak rebena. Tengok la hasil kerja orang malas ni.

Ni aje yang mampu

Siap separuh, kena pergi beli lagi nih, tapi kena tunggu Encik Driver tersayang balik dari beraya di kampung. Paham-paham ajela NSK tu sesak, parking pun susah sangat-sangat. Fantasy Jungle Food nama kedai tu, masuk konpom tak nak keluar ahaks. Best la macam-macam jajan ada. Wokey la ke laut suda...nanti update lagi..paipai tata titi tutu...