Update yang hanya sempat dibuat selepas hampir 3 minggu majlis selesai. Busy kan. Maybe ada yang rasa "nyampah" dengan entry ni. Hehehe...busy saya bukan sibuk berhanimun, tapi busy siapkan keje yang berlambak selepas lebih seminggu (sebenarnya 3 hari je) bercuti. Okla takde apa sangat pun yang nak di update kan entry kawin ni. Cuma nak share gambar dan citer time kenduri.
Khamis (2 hari sebelum majlis)
Pagi lepas subuh, siap-siap nak gerak balik kampung. Belum pun 2km mak dah call tanya kat mana bila nak balik & kenapa tak balik semalam? Hehe..malam tadi banyak benda nak kna settle mak, maklum la nak cuti nak EGM lagi so kena siapkan la mana-mana yang patut. Balik singgah Zemart beli barang untuk kenduri Jumaat malam.
Pastu sampai rumah mak dah pergi hujung kampung gi petik sirih. So siapkan bilik cik perantin, mop lagi skit-skit and masak makan lunch. Dalam pukul 1petang, pelamin pun sampai, orang-orang yang pasang pelamin ni ntah la ok ke tak la diaorang nih. Lewat petang pergi petik inai, nasib la Mak Ngah baik hati nak tolong.
Malamnya tumbuk inai tapi halfway (actually after 5 minutes je) inai tak jugak hancur so apa lagi blender kan aje daun-daun tu (hehehe sampaila mesin pengisar mak berhenti sendiri oppss..). Dalam 1pagi, angah sekeluarga sampai, acu plak sangkut kat Port Klang, tengah kira awan hahaha. Dalam pukul 2pagi encik-encik yang pasang khemah ni datang dengan jaya dan ntah apa-apa lagi la benda merepek diaorang ni buat sampaikan ke subuh tak jugak siap. And according to Angah, instead of put in purple and pink color, they give us gold and cream cloth. Then Angah komplen, "sebelum Pengantin marah, baik tukar kaler kain tu" cettt guna nama gue ya...haha..turn out hanya ada kaler ungu so krim maintain la jawabnyer.
|
Biskut coklat, coklat dan coklat |
|
Rasanya tema=Cadbury..uppss - macam kena taja plak hihi |
|
Buah segar dari kedai ~sponsored by Ambung |
|
Pelamin Indah ala garden ~Yan Aura ~bunga pahar sponsored by Intan |
Jumaat (Sehari sebelum majlis)
Hari yang seterusnya, rumah mula dipenuhi sanak saudara. Mak dah prepare untuk kenduri arwah malam ni. Banyak jugak lauk. Dalam banyak-banyak tu si kecik tomei nila paling glamer...nanggis aje dia. Si manja ni tak biasa orang ramai hihi. Siap masak dan betulkan apa patut (bunga pada pelamin rebah adoi la T.T).
|
Ameen tomei... |
Pergi pasar. Nasibla orang kat pasar Pulau Sebang tu baik belaka. Boleh tolong angkat barang yang super banyak tu ke kereta, if not pengsan cik perantin nih. Orang kata pengantin kena duduk rehat dan jangan banyak berjalan, tapi saya tak dapat la nak macam tu. Cik perantin nih orangnya yang penanggah, pergi pasar dan tukang segala tukang la senang citer (dalam hati ni: orang kawin aku keje macam nak rak, aku kawin pun aku kerja cam nak rak jugak..takde ke yang kesian? huhuhu)
|
Hantaran Jam untuk Encik perantin lelaki |
|
Sejadah dan pelekat~apa tema tah dalam kepala time buat ni |
Malamnya kenduri, basuh pinggan sampai naik lenjun. Then siapkan doorgift yang langsung tak dibuat apa pun lagi. Nasib la ada ramai yang ringgan tulang masa ni, masuk air dan ikan dalam beg ni. Takde gambar la plak, layan jela ye paper bag ni D.I.Y lagi ok. Ada juga yang tolong balutkan telur ermmm kan ramai yang bantu nih. Dalam pukul 1 pagi masih lagi tak siap, oh tak boleh jadi nih, inai tak pakai lagi. So guna la inai dalam 2jam camtu. Tak tahan dah, basuh and tido. Ala kadar aje kalernyer. jadi la dari takde kan.
|
carca marba sungguh |
|
Hasil air tangan cik perantin ~ ada orang tanya, pengantin lelaki pakai spec ke? |
Sabtu (15 September 2012)
This is the day. Sah jadi milik suami selepas 2 kali lafaz. My suami ~ I trust you can do it so no worries on you babe.
Ana is being Ana. Semuanya nak cepat. Bersanding pun cepat sejam dari masa dalam kad jemputan hahaha...kan bagus gitu. cepat habis. Paling dasat? hehehe time berarak tu..adei la payah jugak jadi perantin ni, kena jalan yang 0.01km/jam tu which is rasanya dah sangat slow dh, tapi kena kutuk jugak ok?
Kalau ada yang tanya apa rasa, jawapannya ntahla takde feel langsung. I'm cool all the time I think. Until my Director kata, You ni nak kawin ke tak? Tak nampak macam nak kawin langsung huhu. Tau-tau dah nikah dah sanding dah jadi wife orang. Takde feel dah kot. Rasanya dub dab dub dab pun takde, rimas lagi adala. Cepatla tanggalkan semua yang bertepek kat muka ni.
Oh ye dub dab ada jangan kata takde. Dub dab bila tengok langit gelap time akad nikah tu. Allah risaunya, jangan la hujan turun dengan lebatnya. Kenduri ni dah la kecil-kecil aje. Tetamu tak selesa pula nanti.
BTW nanti bila gambar kawin dah siap bolehla ambil dan letak kan beberapa keping di sini. Buat masa ni share aje gambar dengan sapa-sapa yang ada.
TODAY
Selepas 3 minggu, kehidupan pun dah berubah skit (berubah coz rumah lain, pergi keje time pun lain, suasana rumah pun cam lain), tapi ntahla rasanya biasa je sama je cam bujang dulu hehehe.